tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Saturday 27 December 2014

5 sebab kenapa perlu tolong mangsa banjir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca2 mengenai kisah banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sekarang ini. 

Hati mana yang tidak sedih membaca update-update terbaru dari mangsa-mangsa banjir di sana. Keadaan nampaknya sudah semakin teruk.

Ramai mayat-mayat kelihatan bergelimpangan di atas permukaan air di kawasan Kuala Krai. Berapa angka sebenar kematian dan kerugian belum dapat dikenal pasti, yang pastinya angka itu semakin meningkat.

Bekalan makanan semakin kritikal, bukan tiada bekalan, ada. Tetapi petugas-petugas tidak dapat masuk ke kawasan yang memerlukan berikutan faktor keselamatan dan arus deras.

Walaubagaimana sekali pun, marilah kita sama-sama menderma apa yang termampu untuk mangsa-mangsa banjir ini. Mereka amat memerlukan pertolongan dari kita. 

Jadi, di sini disertakan 5 sebab kenapa kita perlu menolong mangsa banjir. 

1) Allah turunkan bencana untuk menguji hamba-hambaNya.
Hamba yang saya maksudkan di sini, bukan sekadar mangsa-mangsa banjir itu sahaja, tetapi kita semua. Sejauh mana kita bersyukur dengan rahmat pemberian Allah. Sekiranya kita sanggup berkongsi bermakna kita mempunyai lebih dari orang lain.


2) Lupakan sikap perkauman, politik, perbezaan agama dan ideologi.
Ini bukan masanya untuk memikirkan perkara-perkara tersebut. Kasih sayang sesama insan adalah yang lebih utama.

3) What you give you will get back
Hari ini mungkin hari mereka, anda tahu bila masa anda akan tiba pula? Kalau sekarang anda rasa berat sangat nak menolong, walaupun anda mampu, tidak mustahil bila anda pula terkena musibah, orang lain akan rasa berat nak menolong anda pula.
Tetapi, jangan pula mengharapkan balasan jika anda sudah memberi pertolongan..Biarlah Allah yang membalasnya...
4) Mangsa banjir tersebut mungkin ahli keluarga anda, rakan-rakan anda, saudara seagama anda.
Walau siapapun mereka, walau anda mungkin tak rapat dengan mereka, hulur-hulurkanlah sumbangan. Anda lebih mampu memberi.
5) Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


 Hanya tinggal bumbung. Gambar MRSM Kuala Krai.



 Berita terbaru. Dijangkakan banjir yang lebih teruk akan melanda di kawasan Kota Bharu dan Pasir Mas.

 Hospital pun banjir. Kasihan dengan pesakit-pesakit dan warga hospital. Kebanyakannya memang kerja 24hours non stop, sebab tidak dapat balik ke rumah. Hanya Allah yang dapat merahmati penat lelah mereka.

 Pekan Kuala Krai, sebelum dan selepas banjir.

 Kawasan pemindahan mangsa banjir pun ditenggelami air.



Hanya tinggal pulau-pulau kecil.

Sekiranya anda berminat untuk menderma tetapi tidak tahu caranya, boleh layari blog kawan saya ini untuk info selanjutnya. 

Semoga  segala sumbangan anda dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Saturday 13 December 2014

The POWER of DOA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur. Dah agak lama saya nak menulis mengenai topik DOA ini tapi disebabkan kesibukan pekerjaan hakiki, asyik tertangguh-tangguh untuk menulis.

Mungkin ramai yang dah tahu, yang saya ini seorang doktor. Buat masa ini saya bekerja di Bilik Bedah dan Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Sabah.

Baru-baru ini saya menjaga seorang kanak-kanak sebaya anak saya, dalam lingkungan 2 tahun umurnya. Saya berikan namanya Daniel, untuk menutup identiti sebenar Daniel. Daniel menghadapi jangkitan kuman di perut yang sangat teruk.

Kami terpaksa memasukkan tiub pernafasan dimulutnya dan membantu Daniel bernafas dengan menggunakan mesin pernafasan kerana keadaan Daniel yang semakin teruk dari hari ke hari.

Daniel terpaksa dibedah dua kali untuk menutup saluran ususnya yang bocor. Keadaan Daniel amat kritikal dan tenat. Setiap kali selesai pembedahan, pakar akan memberitahu ibu Daniel yang mungkin Daniel tidak akan mampu bertahan lebih lama. Ibunya mengatakan yang dia redha walau apa pun yang berlaku ke atas Daniel. Yang saya perasan, dia tak putus-putus berdoa setiap kali berada di sebelah Daniel.

Beberapa kali saya menitiskan air mata kerana tidak mampu melihat keadaan Daniel. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin ada yang terfikir, Doktor mana boleh menangis depan pesakit. Memang saya tak pernah menangis depan Daniel, sebab saya perlu nampak kuat, saya perlu menunjukkan kredibiliti saya sebagai seorang doktor. Tetapi bila saya bersendirian di bilik oncall, tumpah juga air mata mengenangkan Daniel.

Yang buat saya lebih sedih kerana Daniel sebaya anak saya, tetapi tidak dapat mengecapi keseronokkan yang dirasai oleh kanak-kanak sebayanya. Ibu Daniel memang amat tabah! Sekiranya saya berada di tempat ibu Daniel, mungkin saya tidak setabah itu. Nauzubillah min zalik...

Keadaan Daniel semakin hari semakin teruk. Dia mula dijangkiti kuman dalam darah dan saluran pernafasan, sehingga kuman yang menjangkitinya adalah antara kuman TERKEBAL. Berikutan itu Daniel terpaksa diasingkan di dalam bilik khas, dan kami yang masuk ke dalam bilik tersebut terpaksa memakai peralatan khas sebelum dapat memeriksa Daniel.

Hari demi hari, keadaan Daniel masih sama. Tiada tanda-tanda menunjukkan Daniel akan segera pulih. Sehinggalah pada suatu malam, tiub pernafasan Daniel tercabut! Gempar seketika. Rupanya Daniel sendiri mencabut tiub pernafasannya. Kami semua keliru, padahal all measures has been taken to prevent this.

Yang peliknya, keadaan Daniel berubah menjadi baik selepas itu. Dia dapat bernafas dengan baik dan tidak memerlukan  re-intubation. Kami masih support pernafasannya dengan topeng oksigen, just in case.

Keadaan Daniel berubah 100% selepas itu. Dia kelihatan lebih sihat dan ceria. Keadaan perutnya pun makin bagus. Daniel sudah boleh tersenyum, tidak seperti dahulu. Saya sempat bertanya kepada ibu Daniel apakah rahsianya yang membuatkan Daniel menjadi begitu sihat.

Katanya, " Saya tak pernah putus-putus berdoa untuk Daniel, doktor. Setiap kali solat saya akan doakan Daniel. Setiap kali saya bersama Daniel saya akan pegang tangannya dan berdoa. Saya sayangkan Daniel, dan saya tak mahu kehilangannya."


 Alhamdulillah...Allah akan tunjukkan jalan kepada hamba-hambaNya yang berdoa, yang meminta dariNya, yang tak pernah putus harapan mengharapkan yang terbaik dariNya. Janji Allah adalah pasti.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)

Jujur saya katakan, dahulu saya bukanlah orang yang 'rajin' berdoa. Kadang-kadang saya perlu dipaksa untuk berdoa. Kadang-kadang selepas solat, saya perlu mengingatkan diri sendiri untuk duduk beristighfar dan berdoa. Saya jenis yang suka nak cepat, lepas solat, terus bangun, pakai tudung dan kembali bekerja. 

Sehinggalah satu kejadian Allah hendak sedarkan saya, supaya tidak terus 'angkuh', supaya tidak lupa berdoa kepadaNya. Allah hilangkan borang permohonan transfer saya ke Perak. Saya ingatkan borang saya sudah lama sampai ke Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi rupanya hilang di tengah jalan. Tiada siapa yang tahu ke mana hilangnya borang permohonan saya. Berbulan-bulan saya tunggu permohonan saya diterima, ingatkan sudah lama diproses, rupanya... 

Selepas itu saya tersedar, mungkin ada kesilapan di pihak saya. Saya sedar yang saya amat kurang berdoa. Bukanlah tak berdoa langsung, tapi selalunya doa saya tidak spesifik. Saya mahukan sesuatu, tetapi saya tidak beritahu Allah apa dan bila saya mahukan sesuatu itu. 

Contoh, sebelum ini saya berdoa semoga saya dapat pindah ke Taiping, Perak, tetapi saya tidak berdoa dengan jelas bila saya mahu pindah, ke hospital atau Klinik Kesihatan, masuk department mana, semua itu perlu disebut dalam doa kita, supaya kita jelas akan matlamat dan impian kita. 

Kadang-kadang kita rasa Allah tidak mendengar doa kita, kita rasakan Allah tidak memberi apa yang kita hajati, tapi kita lupa, kita lupa yang janji Allah adalah pasti. Mungkin Allah tidak memberi apa yang kita hajati sekarang sebab Allah tahu mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita, Allah mahu berikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta. 

Jadi kawan-kawan semua, teruskan berdoa. Berdoa, berdoa dan berdoa. Yakinlah Allah Maha Mendengar. Saya doakan doa pembaca blog ini dimakbulkan Allah dan jangan lupa doakan saya sekali ya..;)

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Wednesday 3 December 2014

UPSR 5A bukan penentu jadi DOKTOR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot. Semoga anda kaya dan berjaya mencapai segala cita-cita anda.

Keputusan UPSR Dah Keluar

Baru minggu lepas hangat memperkatakan mengenai keputusan UPSR murid-murid darjah 6. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang kecewa kerana mendapat keputusan yang tidak sampai target mereka. 

Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat kecewa kerana anak-anak mereka tidak mendapat 5A..Jadi punahlah harapan mereka untuk melihat anak2 mereka menjejakkan kaki ke MRSM atau sekolah berasrama penuh. Ada juga yang mengatakan tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, tak dapat laa jadi DOKTOR.



Saya hanya menggelengkan kepala membaca komen2 ibu bapa ini. Ingin saya kongsikan pengalaman saya dan kawan-kawan saya sendiri yang tidak begitu cemerlang keputusan UPSR, PMR mahupun SPM, tetapi sekarang telah pun mendapat title Dr di hadapan nama kami.

Bukan lah maksud saya tak perlulah anak-anak belajar, nanti besar nanti jadi Dr jugak.. Tidak, tidak sama sekali.

Pelajaran itu penting. Maha penting. Tanpa ilmu, kita bukan sesiapa.

Bukan Pelajar Cemerlang

Semasa di peringkat sekolah rendah, saya bukanlah pelajar harapan. Keputusan saya biasa2 sahaja. Sehinggalah semasa Darjah 3, saya dimarahi ayah sehingga menangis teresak-esak kerana saya begitu payah untuk memahami kaedah pembahagian. Puas ayah mengajar, berbagai-bagai cara tapi tidak juga faham-faham. Mungkin sebab belum ada Omega Guard dan Mealshakes membuatkan saya sukar memahami pelajaran.

Mula Berubah

Sehinggalah ayah menengking saya dan memaksa saya menyiapkan kerja matematik pada malam itu sehingga lewat malam. Ya, ayah memang garang. Amat garang. Dan mungkin kerana kegarangannya terhadap saya, saya adalah saya pada masa ini.

Selepas kejadian ditengking ayah, saya lebih rajin berusaha. Saya akan buat lebih ujikaji pelajaran dari yang diberi cikgu. Kalau cikgu bagi 10soalan, saya akan buat 20soalan. Kalau cikgu bagi 20soalan, saya akan buat 40soalan dan begitulah seterusnya. Saya lebih rajin menghafal sifir sehingga saya boleh mengulang sifir dr 12×12 sehinggalah 12×1.

Saya Bijak Matematik

Saya lebih cepat melakukan pengiraan matematik berbanding kakak-kakak saya. Di minda saya sentiasa penuh dgn soalan matematik. Kalau nampak mangga di atas pokok, saya akan teruja untuk mengira berapa biji mangga yang ada. Memang saya hantu buah dari kecil, semua jenis buah saya nak telan.

Bahasa Melayu memang kepakaran saya dari kecil. Sampai saya pernah bercita-cita menjadi penulis novel. Pernah juga saya mengarang cerpen dan diterima untuk disiarkan dalam Majalah Didik. Saya mendapat hadiah rm50, dan nilai itu amatlah besar bagi saya pada ketika itu. Tetapi, akhirnya cita-cita terkubur apabila meningkat usia, sekarang Bahasa Melayu pun dah tak berapa melayu.

Tetapi Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup bukan bidang saya ketika itu. Kerana itu, markah keseluruhan peperiksaan saya tidak begitu baik. Saya mendapat 3A1B dalam keputusan UPSR, B dalam Bahasa Inggeris tetapi saya bersyukur kerana itulah hasil dari usaha saya.

Diterima Masuk ke Sekolah Asrama Harian

Walaupun keputusan tidak begitu cemerlang, alhamdulillah saya diterima masuk ke sekolah asrama harian. Mungkin sebab masa itu saya banyak meminta dan berdoa kepada Allah. 

Bukan kerana saya nak sangat masuk sekolah asrama tapi sebab saya tak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah menengah yang telah saya hadiri selama 2hari. Ya, memang dari kecil saya seorang yang pendiam dan tidak ramah. Sudah besar ini, masih juga pendiam tapi terlampau ramah pula dengan orang2 yang saya kenali@rapat.

Di sekolah menengah pun, saya masih pelajar yang biasa2. Pelajar pendiam kan, mana cikgu nak kenal. Tak menonjol, jarang menceburkan diri dengan aktiviti sosial sekolah, kecuali yang diwajibkan. Saya mendapat 7A1B dalam keputusan PMR, dan B dalam subjek Sejarah.

Sebelum melangkah ke Tingkatan 4, kami diberi kaunseling untuk memilih aliran di Tingkatan 4 dan 5 nanti.

Cikgu menasihatkan supaya saya mengambil aliran sastera kerana katanya saya dapat B dalam sejarah. Maksudnya saya tak pandai menghafal, kalau saya ambil Sains Tulen saya akan mengalami kesukaran nanti.

Turning Point Sekali Lagi

Jujur saya katakan, saya tersentak dengan kata2 cikgu tersebut. Macamana dapat B dalam Sejarah boleh dikatakan tak pandai menghafal. Setahu saya kalau nak master Sains, kena pandai memahami. Faham konsep yang diajar dan dibaca bukannya hafal. Konsep itu yang saya amalkan untuk mendapat A dalam subjek Sains.

Disebabkan itu, saya tidak mengendahkan nasihat cikgu, saya terus mendaftar masuk ke kelas Sains Tulen. Saya ingin buktikan yang pelajar yang kuat menghafal pun boleh berjaya dalam aliran Sains Tulen.

Bergelar Pelajar Asrama Penuh

Seminggu belajar dalam Tingkatan 4, rezeki menyebelahi saya lagi. Saya diterima masuk ke MRSM Serting dalam aliran Sains Tulen. Alhamdulillah...

Di MRSM saya berusaha sebaik mungkin, bulan pertama di MRSM saya berjaya mendapat markah tertinggi dalam subjek Biologi pada peringkat maktab. Keputusan saya yang tertinggi di kalangan semua pelajar Tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi. Konsep saya bukan hafal tapi faham.

Keputusan SPM Keluar

Dipendekkan cerita, dalam peperiksaan SPM saya mendapat 7A3B, walaupun agak kecewa tidak mendapat straight As tetapi saya redha. What you give, you get back. 

Mungkin kalau saya dapat 10A ketika itu, saya bukanlah seorang doktor ketika ini. Mungkin saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mungkin saya tidak akan berjumpa dengan suami saya. Mungkin saya tidak akan mengecapi kegembiraan yang saya rasai sekarang ini. Mungkin kan...

Saya pasti Allah telah mengatur perjalanan hidup saya. Saya pasti aturan Allah adalah yang terbaik. Saya pasti Allah tidak pernah melupakan saya. Kadang2 kita tidak dapat apa yang kita mahukan kerana apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

Nasihat Untuk Ibu Bapa

Saya amat mengharapkan ibu bapa dan pelajar di luar sana juga berfikir perkara yang sama. Yang paling penting jangan putus doa. Doa adalah senjata orang Islam yang paling kuat. Kita tidak tahu apakah turning point seseorang itu. Mungkin UPSR nya tidak bagus tapi dia berusaha kuat lagi dan mendapat keputusan SPM yang sangat bagus. 

Saya mempunyai seorang kawan seperjuangan semasa di universiti suatu ketika dahulu. Keputusan UPSR, PMR dan SPM beliau bukanlah yang terbaik. Ketika UPSR beliau hanya mendapat 2A2B, PMR 6A2B dan SPM 3A5B. Tetapi ketika di universiti beliau tidak pernah mengulang kertas peperiksaan atau terpaksa repeat semester. Beliau lebih bijak dari yang mendapat 9A atau 10A.

Sebagai ibu bapa, haraplah yang terbaik dari anak-anak. Sentiasa doakan mereka dan fikir perkara positif terhadap mereka. InsyaAllah mereka akan berubah menjadi seperti yang anda doakan.

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Wednesday 26 November 2014

Aku ingin jadi awan...

Saya doakan semoga pembaca blog ini dirahmati Allah dan sentiasa dalam redha Nya.

Pernah tak anda terfikir kenapa Allah ciptakan awan? Putih, suci, mulus untuk memayungi perjalanan kita.

Awan membantu memantulkan semula cahaya matahari ke langit. Ini dapat mengurangkan bahang akibat panas matahari. Tanpa awan terik matahari amat terasa.

Alangkah indahnya jika kita mampu menjadi seperti awan. Melindungi sesiapa sahaja di bawah kita. Membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tempat berteduh.

Apabila tiba masanya, awan menurunkan hujan rahmat kepada manusia. Menyejukkan alam, meneutralkan ekosistem bumi.

Kadang-kadang saya terfikir untuk menjadi seperti awan. Tanpa jemu memayungi makhluk bumi. Tanpa mengharapkan sebarang balasan. Berbakti dan terus berbakti. Membantu dah terus membantu.

Saya mengenali seorang pakar pembedahan pergigian yang boleh saya sifatkan mempunyai sifat seperti awan. Beliau sangat baik. Sentiasa bersedia membantu orang lain. Sanggup 'stay back' dari kerjanya sehingga pukul 7-8pm semata2 ingin merawat staff Hospital yang tidak melakukan 'appointment'. Padahal beliau tidak dibayar sekiranya melakukan kerja lebih masa. 

Pertama kali berjumpa beliau, beliau lah yang menegur saya dahulu, bukan sebaliknya. Malu jugalah pada awalnya kerana seorang Consultant Specialist menyapa Medical Officer seperti saya. Semenjak dari hari itu kami berkawan baik, sering sapa -menyapa sekiranya terserempak di dalam bilik bedah. Oh, buat yang tidak tahu, buat masa ini saya merupakan doktor yang bertugas di bahagian bius dan unit rawatan rapi. 

Alangkah baiknya dan indahnya sekiranya saya dapat menjadi seperti beliau. Saya ingin membantu lebih ramai lagi mencapai kesihatan yang lebih baik. Saya sedar di sekeliling saya masih ramai lagi yang belum mencapai tahap kesihatan yang optimum. Semoga selepas ini lebih ramai orang yang dapat hidup lebih sihat.

Semoga selepas ini saya mampu memayungi lebih ramai orang mencapai kehidupan yang lebih baik. Dan semoga anda yang membaca blog saya juga dikurniakan kesihatan yang optimum. InsyaAllah...

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Doc..Kenapa saya belum pregnant?

Saya doakan pembaca blog ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk membaca blog saya. 

Alhamdulillah.. Saya dan suami diberi rezeki yang awal dari Allah..Sebulan berkahwin, saya sudah disahkan mengandung. Walaupun pada peringkat awal masih belum bersedia secara mentalnya untuk menjadi seorang ibu, akhirnya saya dapat menerima hakikat yang kami akan dikurniakan zuriat yang bakal menceriakan kehidupan sehari-hari

Memang kehidupan sekarang lebih bermakna dengan kehadiran Izznur yang petah dan asyik berbunyi..Hihi..mulut dia mmg tak pandai berhenti bercakap, termasuk kaki pon tak pandai berhenti bergerak kecuali ketika tidur..Tapi kalau jumpa orang luar yang jarang jumpa, terus senyap tak bunyi2..then mulalah nak melekat kat saya atau suami je..hehehe..

Tapi..ada kawan2 kami yang mengadu rasa sunyi bila balik rumah. Balik keja, hadap tv..tak pon hadap muka suami, then tidur, esok pagi bangun, pergi kerja semula.. Kehidupan ceria or penuh exciting mmg jarang dirasai, punca utama sebab mereka belum lg dikurniakan cahaya mata.. Bukan tak pernah mencuba, selalu..sampai dah penat, rawatan traditional dan modern semua dah cuba, tapi hasilnya masih belum nampak. Belum rezeki agaknya..

Sebenarnya banyak penyebab seseorg itu belum dikurniakan cahayamata. Dari segi perubatan modennya, boleh dikategorikan kepada dua, iaitu berpunca dari suami atau isteri atau kedua2 nya sekali. Jangan kata sebab isteri sahaja jadi tidak boleh mengandung. Kadang2, dah periksa isteri, tapi semua normal. Suami mula2 refused utk diperiksa, last2 lepas check punca utama adalah suami..

Sebenarnya boleh di katakan 1/3 dari penyebab kemandulan adalah isteri, 1/3 berpunca dr suami dan 1/3 berpunca dari kedua2 belah pihak. Kedua-dua pasangan perlu diperiksa untuk memastikan mereka adalah subur dan mampu untuk menghasilkan janin yang baik. 

Sekiranya dari hasil pemeriksaan mendapati salah seorang membawa masalah, ada rawatan perubatan yang boleh dilakukan untuk merawat keadaan ini. 
Di antaranya ialah rawatan hormon bagi suami dan isteri, rawatan ejakulasi pra matang bagi suami dan rawatan pembedahan bagi membuka semula saluran yang mungkin tersumbat bagi suami atau isteri. 

Sekiranya cara-cara di atas tidak berhasil, ada beberapa cara lagi untuk mengandung antaranya persenyawaan tabung uji, persenyawaan dalam rahim, rangsangan ovari, surgical sperm aspiration dan penetasan berbantu. Kesemua cara-cara tersebut tidak menjamin 100% seseorang itu akan mengandung.

Sekiranya, ada antara pembaca yang mengalami masalah kesuburan. Mungkin anda ingin mencuba set kesuburan shaklee. Supplement ini bukan lah rawatan 100% untuk anda terus mengandung, anda mungkin masih perlu mendapatkan rawatan perubatan dari pakar kesuburan.

Ini adalah satu ikthiar untuk anda, mungkin dengan izin Allah anda akan mengandung selepas itu. Kita perlu sentiasa berusaha dan berdoa kepada tuhan agar dikurniakan rezeki, zuriat yang baik. Mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kekuatan iman anda. Teruskan berdoa dan berusaha, InsyaAllah janji Allah adalah pasti.. Amin..

Sekiranya anda memerlukan konsultasi mengenai supplements mana yang sesuai untuk anda atau memerlukan seseorang untuk membantu anda mengenai masalah kesuburan anda. Sila hubungi saya..Saya sedia membantu..InsyaAllah..

Saya mendoakan agar anda mendapat kesihatan optimum dan dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak. 

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Wednesday 19 November 2014

Sayonara...till we meet again...

25hb November 2014...

Hari nie bermulalah kehidupan 'single' saya di bumi Sabah. Baru tadi bersalaman dan berpelukan dgn En Suami, sebelum masuk ke perut kapal terbang untuk balik ke KK. Biasanya mmg kami akan sama2 balik ke semenanjung dan sama2 kembali ke KK tapi tidak kali ini.

En Suami sudah confirm dapat pindah balik ke Taiping, Perak bersama anak perempuan kami tetapi saya masih menunggu untuk berpindah.

Memang keputusan yang agak payah dihadam pada mulanya, tapi kami redha. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah maha mengetahui.

Memang terus terang saya katakan selepas mendapat tahu En Suami akan berpindah dahulu sebelum saya, saya sering menangis. Sudah lupa rasanya bagaimana menjadi Independent Woman. Bukanlah terlalu di pamperedkan oleh En Suami tetapi sudah TERLALU BIASA hidup bersuami.

Mudah... Kerja rumah sama2 buat, dari masak, mop lantai, jaga anak, ambil anak dari rumah pengasuh, semuanya kami buat bersama2. Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang rajin membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Nampaknya selepas ini memang 'terpaksa' belajar balik hidup 'single'. Semoga saya dikurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Sabah dan semoga En Suami dan anak kami dapat menyesuaikan diri di persekitaran baru.

Life must go on...

Till we meet again...

Will always cherish the time we spent together...

Love you till Jannah...

Friday 14 November 2014

Gaji RM3600 dikategorikan miskin bandar?



Saya tidak terkejut membaca artikel tersebut. Kos sara hidup di Malaysia memang sudah makin meningkat tahun demi tahun. Kalau dulu kita boleh membeli nasi lemak 50sen sebungkus, sekarang paling murah rm1.50. Dulu harga mi goreng dalam rm2-3 sepinggan, tapi sekiranya anda order mi goreng mamak di Kota Kinabalu, rata2 harganya rm6 ke atas. 

Itu baru harga makanan, tak termasuk lagi harga petrol, barang dapur mentah, harga susu anak dan yuran hantar anak ke nursery. Mana lagi duit untuk bayar sewa rumah, bayar pinjaman kereta, kalau ada hutang PTPTN lagi nak bayar. Kalau tambah2 semua tuh, rasanya mau2 rm5000 sebulan kot. 

Kalau jenis yang kuat shopping tuh lagilaa kan.. Duit kad kredit lagi nak bayar.. By the middle of the month, dah takde duit.. so..kerja swipe kredit kad ajelaa..Cukup bulan dapat gaji, bayar utang. Hai..memang tak kan pernah cukup laa kan nak buat simpanan untuk masa depan, entah2 insurans pon tak mampu nak beli.
Sebab tuh, saya rasa cara terbaik adalah dengan buat side income, kalau yang office hours tuh, balik kerja boleh lah menjual burger@air di pasar malam. Atau yang paling mudah dengan keadaan semasa ini, adalah dengan buat business online. 

Kalau anda menetap di Malaysia, anda tidak layak untuk miskin. Banyak cara2 sampingan yang boleh mengkayakan anda. Yang penting, mestilah halal dan memberi kebaikan kepada orang lain. 

Kalau anda terfikir utk membuat business online tetapi tidak tahu bagaimana atau apa yang hendak dijual, feel free untuk hubungi saya. InsyaAllah.. Hidup anda akan menjadi lebih baik selepas itu..Yang penting jangan putus harapan dan teruskan berdoa dan berusaha.

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Wednesday 12 November 2014

No more sembelit!!!

Alhamdulillah...dah lama saya cari ubat terbaik untuk anak kesayangan saya, Izz Nur Qaisara..Sebenarnya dah berbulan Izznur ada sembelit. Setiap kali time nak meneran tuh mmg kesian tgk..menangis2..kdg2 sampai keluar darah..

Sampai saya dan suami bagi dia ravin enema, ubat untuk segera membantu keluarkan najis. Memang lepas bagi ubat tuh, dia akan buang air besar kadang2 smpai tercirit.. Tapi yang tak bestnye lepas masukkan ravin, Izznur akan menangis lebih kuat. Mungkin sebab sakit perut untuk keluarkan najis. Dan yang lebih tak best setiap 2 or 3 hari kena bagi ravin lagi sbb Izznur masih susah nak buang air besar.

Akhirnya saya jumpa mealshakes shaklee lepas tanya en google..terjumpa blog maria firdaus..dapat KEAHLIAN PERCUMA dan once mealshakes smpai ke rumah, terus bagi Izznur makan, di shake bersama susu formula nya..

Alhamdulillah dlm masa 2minggu, semakin mudah Izznur membuang air besar dan sekarang Izznur dah dapat buang air besar tanpa perlu menangis kesakitan. 

Thanks Ya Allah..Thanks sebab temukan kami dengan Mealshakes Shaklee nie. Sangat berbaloi2.. Sekarang bukan setakat mudah nak membuang, selera makan Izznur pun dah semakin baik. Asyik minta MAMAM je.. smpai tak larat mama dan abah nya melayan..

Kalau ada kawan2 di luar sana yang anak2 mempunyai masalah sembelit atau picky eater, kurang selera makan atau kurang dapat memberikan perhatian di dalam kelas, boleh cuba mealshakes shaklee nie. 

Memang terbukti berkesan! Sesuai juga untuk mereka2 yang ingin menambah berat badan..
 
InsyaAllah, saya akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda. I am a happy Mom and willing to help others to be happy too!

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Tuesday 4 November 2014

Susahnye BREASTFEEDING! (part 1)

Baru2 ini, sy ada terbaca entry seorang sahabat mengenai susah nya dia nak breastfeed anaknya. Baru bersalin hari kedua, caesarian lagi. Mane nak jaga diri sendiri, mane nak gerak ambik baby dlm cot utk disusukan. Susu pulak takde, kering je rasanya. Paling malang, nurse di ward pula marah2 sbb sahabat sy nie tak mau menyusukan anaknya.

Luahan hati beliau terus membuatkan sy teringat akan pengalaman diri sy sendiri. Ya, sy pun pernah hadapi masalah yg sama. Sy pon pernah menangis sbb SUSAHNYE NAK BREASTFEEDING. Sy igtkan breastfeeding nie mcm second nature. Once baby lahir, terus pandai breastfeeding, rupanya tidak. Susah rupanya, banyak yg perlu dipelajari..

Pengalaman selepas melahirkan anak, mmg sgt berlainan bg setiap individu. Pengalaman sy? Agak traumatic..Kenapa? Akan sy ceritakan di entry2 yg akan dtg, sbb entry nie sy nak fokus tentang penyusuan susu ibu.

Ok, lepas bersalin kan Izznur melalui proses vacuum delivery, saya mmg sgt keletihan. Bersalin pukul 240pm, tapi disuruh puasa sehingga pukul 9pm. Ini kerana sy mengalami post partum hemorrhage (pendarahan selepas bersalin). Lepas Izznur dibersihkan dan dipakaikan baju oleh Nurse, Izznur diserahkan kepada saya untuk disusukan. Tapi......susu langsung tak keluar. Oh No! Lapar laa anak saya. Berabis cuba susukan, mungkin ada sedikit colostrum. Izznur agak tenang pada mulanya, tapi selepas beberapa ketika, mula menangis. Saya yang masih berpuasa dan mengalami keletihan yang amat sangat, terpaksa merelakan Izznur diberi susu formula( tapi pakai cup yaa..bukan botol, penting tuh!)

Izznur selepas dilahirkan dan dibersihkan.

Saya bermalam di bilik bersalin kerana komplikasi kelahiran dan bilik di ward amat penuh. Keadaan bilik agak selesa, tp saya rasa langsung tidak selesa langsung pada mlm itu. Nasib baik Izznur dijaga oleh Nurse yang bertugas shift malam. Saya masih tidak dpt tidur sehingga pukul 5am, dan baru sahaja melelapkan mata, pukul 7am terkejut lagi sbb Nurse buat past over round. Ok, dipendekkan cerita, tengahari nya saya dpt balik ke rumah.

Disebabkan masih awal, jadi saya dan suami membuat keputusan untuk terus balik ke Kudat. Perjalanan menaiki kereta hampir 3jam disebabkan keadaan jalan yg sedang dlm proses pemuliharaan. Sepanjang perjalanan memang Izznur saya dukung. Alhamdulillah, dia tak banyak merengek atau menangis. Mudah kerja kami sebagai ibu bapa baru..


Hari pertama Izznur di rumah.

Saya masih cuba melakukan breast feeding on demand. Tapi, saya tidak pasti ada susu ke tidak, cuma Izznur memang akan hisap then tertidur, bila saya lepaskan dia akan kembali terjaga dan menangis. Memang sgt stress time tuh, nasib ada Encik Suami yang amat prihatin dan memahami.

Masuk hari kedua, breast saya mula membengkak, sangat sakit! Untuk ibu2 yang pernah mengalami breast engorgement pasti faham perasaan saya. Sukar untuk menyusukan kerana terlalu sakit. Tapi saya terpaksa juga susukan Izznur sambil makan pain killer. Lepas bbrp jam, kesan pain killer akan hilang dan saya akan sakit semula. Encik Suami mencadangkan untuk menerima khidmat nasihat dan bimbingan dr Dr Ama, kawan sekerja saya. Nasib Ama prihatin dan datang pada malam itu juga. Dia mengajar cara technique attachment dan latching yang betul, bukan saya tak pernah belajar dr kelas Breastfeeding 20jam yg diwajibkan untuk doktor2. Saya pernah belajar semua tuh, tp practical tak sama mcm teori. U have to practise it to make it perfect. Ama juga mengajar cara untuk mengurangkan bengkak susu, antaranya menggunakan sikat, warm pad dan kubis. Beliau menggalakkan saya memerah susu, untuk melancarkan pengeluaran susu. Supply vs Demand concept.

Alhamdulillah bengkak makin kurang, tp ada crack nipple laa pulak. Pedihnya Allah saja yang tahu. Masuk hari ketiga, susu makin banyak dihasilkan. Tapi Izznur nampak semakin kuning. Serum Bilirubin level makin naik,tapi belum sampai tahap kene letak bawah sinaran phototherapy. Saya meneruskan konsep breast feeding on demand, dan kadang2 memaksa Izznur menyusu setiap 2jam sekali kerana mahu jaundice nya cepat kurang. Saya menjadi sangat prihatin terhadap kekerapan kencing dan buang air besar Izznur, termasuk warna air kencing nya.



Terpaksa dicucuk untuk check kuning.

Masuk hari ke empat, Izznur lebih banyak tidur dari menyusu. Walaupun sudah dikejutkan, masih jugak nampak mengantuk, dan akan tertidur sebaik sahaja mula menyusu. Encik Suami mengambil sendiri darah Izznur dan menghantar ke makmal, tidak sampai setengah jam, Encik Suami memberi Whatsapp memberitahu SB level Izznur 314 (Normal level below 280).  Saya memang dah agak dah, SB level akan naik, tapi cuba menidakkan kenyataan. Nak kena masuk ward lagi ke nie..skrg pon blum sihat betul lagi. Tapi, kalau tak masuk hari nie,takut lebih teruk. Hari ketujuh kami akan balik ke Kuala Lumpur untuk berpantang di sana. Aiseyh...

Akhirnya petang itu juga, kami mendaftar masuk ke ward kanak-kanak, hospital tempat saya bekerja. Berat badan Izznur memang turun sedikit 2.64kg, masa lahir 2.8kg, tapi itu NORMAL bagi bayi baru lahir. Disebabkan ward kanak2 tidak mempunyai bilik kelas satu, kami 'menumpang' di ward bersalin. Satu bilik mempunyai 2katil. Harapan saya semoga Encik Suami dapat menemani saya pada malam hari. Sesi phototherapy dimulakan, saya hanya mengangkat Izznur sekiranya Izznur mahu menyusu. Alhamdulillah, susu semakin banyak, saya masih memerah susu menggunakan breast pump manual yang dipinjam dari seorang kawan. Izznur lebih kerap kencing, dan warna air kencing nya lebih jernih. Izznur nampak lebih active. Alhamdulillah..syukur Ya ALLAH...

Malamnya, Encik Suami menemani kami bermalam di hospital. Sepatutnya tidak dibenarkan, tapi oleh kerana kami berdua staff hospital, staff2 ward bersalin hanya tutup sebelah mata. Sekurang2 nya bila ada Encik Suami tidaklah begitu sunyi, dan dia dapat bergilir2 menjaga Izznur. Anak kami memang manja dari kecil, tidak mahu berseorangan di bawah sinaran lampu, terpaksalaa kami alihkan phototherapy ke katil besar, dan sama2 'menikmati' sesi phototherapy. Barulah Izznur dapat tidur nyenyak, tapi saya masih menyusukannya setiap 2jam supaya kuning cepat turun. Ikut hati mau sahaja saya memberikannya susu formula, tapi terpaksa cekalkan hati kerana saya tau susu ibu adalah yang terbaik untuk anak.

Keesokan harinya, awal2 pagi lagi Encik Suami telah balik ke rumah. Kesian Encik Suami, dia terpaksa mengemas rumah, membasuh baju, ke pasar membelikan makanan segar untuk dimasak kemudiannya, memasak lauk berpantang saya dan lain-lain tugasan. Saya tahu Encik Suami penat tetapi saya tidak dapat membantunya. SB level Izznur hanya turun sedikit dari 314 ke 310, tetapi secara mata kasarnya, sudah amat berkurang jaundice pada kulit Izznur. Saya masih meneruskan breast feeding on demand, dan bila Izznur tak menyusu, saya akan pump untuk stimulate lebih banyak penghasilan susu. Memang hasilnya tak banyak, mula2 beberapa titik ke 1oz sahaja, tapi lama kelamaan dia akan menjadi banyak.InsyaAllah..

Hari keenam, alhamdulillah, akhirnya SB Izznur turun ke peringkat normal, 210, agak mendadak penurunannya, berkat susu ibu agaknya. Kami akhirnya dapat pulang ke rumah. Dan esoknya, bertolak ke Kota Kinabalu untuk menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur. Tak sabar dah nenek Izznur nak jumpa cucu sulung nya.

Encik Suami hanya menemani saya seminggu di KL, kemudian terpaksa kembali semula bertugas di Kudat. Semasa berpantang saya masih meneruskan aktiviti memerah susu,untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Alhamdulillah, banyak jugak stok susu yang dapat dikumpul.

Sepanjang tempoh berpantang, memang saya cuba mendapatkan sebanyak banyak ilmu yang boleh dipelajari mengenai teknik penyusuan, cara penyimpanan susu ibu, cara membuat tandem nursing dan banyak lagi. Segala ilmu ini memang MAHA PENTING ya...tanpa ILMU memang tak dapat nak teruskan penyusuan susu ibu ini. Dicampur pula bila melihat ipar2 yang memberikan anak2 mereka susu formula, anak mereka lebih besar berbanding Izznur. Saya cuba menguatkan hati, untuk tidak terjebak dengan susu formula, walaupun ada suara2 sumbang yang mengeji kononnya anak saya kecil sebab susu ibu.

Alhamdulillah, berjaya jugak sy menyusukan anak sy dengan susu ibu, walaupun pada peringkat permulaannya, 'terpaksa' juga bagi susu formula.Tapi berkat usaha dan doa, alhamdulillah Izznur mendapat exclusive breast feeding sampai cukup umur 6bulan..

Tujuan sebenar saya berkongsi pengalaman menyusu saya adalah untuk memberitahu ibu2 di luar sana, DONT EVER GIVE UP. Walau siapa pun anda, walau setinggi mana pelajaran yang telah anda pelajari, ilmu breast feeding takkan sama, dan takkan dapat dipelajari tanpa betul2 mempraktikkannya. Saya sendiri sudah menghadiri kursus asas breast feeding 20jam, yang merupakan KURSUS WAJIB bagi staff perubatan. Walaupun dah berkursus berhari2, tapi bila part menyusukan anak sendiri, saya masih belum pandai. Teori memang sangat berbeza dengan praktical skills...

Dan untuk bakal2 ayah di luar sana, anda juga perlu belajar ilmu breastfeeding, kerana MORAL SUPPORT dari anda lah yang akan menentukan berjaya atau tidak seseorang ibu itu menyusukan anaknya. Andalah tulang belakang isteri2 anda yang sedang berpantang ini. Sangat bagus sekiranya anda dapat mendalami ilmu breast feeding sebelum bayi dilahirkan lagi. Lebih bagus sekiranya anda yang dapat menjaga isteri anda ketika tempoh berpantang, selama ini kan isteri anda lah yang menyediakan makan minum untuk anda. Inilah masanya menunjukkan kasih dan sayang anda kepada isteri dan anak2.

Okay..sebelum saya melalut lebih panjang lagi, bagus saya berhenti dulu di sini. InsyaALLAH part 2 akan disambung pada masa2 akan datang..Amin..

Sekiranya ada ibu2 di luar sana yang memerlukan pertolongan mengenai breastfeeding, atau ingin mendapatkan konsultasi supplements breast feeding yang terbaik, anda dijemput menghubungi saya. InsyaALLAH saya akan cuba menyelesaikan masalah anda. Niat saya hanya untuk membantu anda, kerana saya pun pernah jadi seperti anda..

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)