tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Saturday, 13 December 2014

The POWER of DOA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur. Dah agak lama saya nak menulis mengenai topik DOA ini tapi disebabkan kesibukan pekerjaan hakiki, asyik tertangguh-tangguh untuk menulis.

Mungkin ramai yang dah tahu, yang saya ini seorang doktor. Buat masa ini saya bekerja di Bilik Bedah dan Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Sabah.

Baru-baru ini saya menjaga seorang kanak-kanak sebaya anak saya, dalam lingkungan 2 tahun umurnya. Saya berikan namanya Daniel, untuk menutup identiti sebenar Daniel. Daniel menghadapi jangkitan kuman di perut yang sangat teruk.

Kami terpaksa memasukkan tiub pernafasan dimulutnya dan membantu Daniel bernafas dengan menggunakan mesin pernafasan kerana keadaan Daniel yang semakin teruk dari hari ke hari.

Daniel terpaksa dibedah dua kali untuk menutup saluran ususnya yang bocor. Keadaan Daniel amat kritikal dan tenat. Setiap kali selesai pembedahan, pakar akan memberitahu ibu Daniel yang mungkin Daniel tidak akan mampu bertahan lebih lama. Ibunya mengatakan yang dia redha walau apa pun yang berlaku ke atas Daniel. Yang saya perasan, dia tak putus-putus berdoa setiap kali berada di sebelah Daniel.

Beberapa kali saya menitiskan air mata kerana tidak mampu melihat keadaan Daniel. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin ada yang terfikir, Doktor mana boleh menangis depan pesakit. Memang saya tak pernah menangis depan Daniel, sebab saya perlu nampak kuat, saya perlu menunjukkan kredibiliti saya sebagai seorang doktor. Tetapi bila saya bersendirian di bilik oncall, tumpah juga air mata mengenangkan Daniel.

Yang buat saya lebih sedih kerana Daniel sebaya anak saya, tetapi tidak dapat mengecapi keseronokkan yang dirasai oleh kanak-kanak sebayanya. Ibu Daniel memang amat tabah! Sekiranya saya berada di tempat ibu Daniel, mungkin saya tidak setabah itu. Nauzubillah min zalik...

Keadaan Daniel semakin hari semakin teruk. Dia mula dijangkiti kuman dalam darah dan saluran pernafasan, sehingga kuman yang menjangkitinya adalah antara kuman TERKEBAL. Berikutan itu Daniel terpaksa diasingkan di dalam bilik khas, dan kami yang masuk ke dalam bilik tersebut terpaksa memakai peralatan khas sebelum dapat memeriksa Daniel.

Hari demi hari, keadaan Daniel masih sama. Tiada tanda-tanda menunjukkan Daniel akan segera pulih. Sehinggalah pada suatu malam, tiub pernafasan Daniel tercabut! Gempar seketika. Rupanya Daniel sendiri mencabut tiub pernafasannya. Kami semua keliru, padahal all measures has been taken to prevent this.

Yang peliknya, keadaan Daniel berubah menjadi baik selepas itu. Dia dapat bernafas dengan baik dan tidak memerlukan  re-intubation. Kami masih support pernafasannya dengan topeng oksigen, just in case.

Keadaan Daniel berubah 100% selepas itu. Dia kelihatan lebih sihat dan ceria. Keadaan perutnya pun makin bagus. Daniel sudah boleh tersenyum, tidak seperti dahulu. Saya sempat bertanya kepada ibu Daniel apakah rahsianya yang membuatkan Daniel menjadi begitu sihat.

Katanya, " Saya tak pernah putus-putus berdoa untuk Daniel, doktor. Setiap kali solat saya akan doakan Daniel. Setiap kali saya bersama Daniel saya akan pegang tangannya dan berdoa. Saya sayangkan Daniel, dan saya tak mahu kehilangannya."


 Alhamdulillah...Allah akan tunjukkan jalan kepada hamba-hambaNya yang berdoa, yang meminta dariNya, yang tak pernah putus harapan mengharapkan yang terbaik dariNya. Janji Allah adalah pasti.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)

Jujur saya katakan, dahulu saya bukanlah orang yang 'rajin' berdoa. Kadang-kadang saya perlu dipaksa untuk berdoa. Kadang-kadang selepas solat, saya perlu mengingatkan diri sendiri untuk duduk beristighfar dan berdoa. Saya jenis yang suka nak cepat, lepas solat, terus bangun, pakai tudung dan kembali bekerja. 

Sehinggalah satu kejadian Allah hendak sedarkan saya, supaya tidak terus 'angkuh', supaya tidak lupa berdoa kepadaNya. Allah hilangkan borang permohonan transfer saya ke Perak. Saya ingatkan borang saya sudah lama sampai ke Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi rupanya hilang di tengah jalan. Tiada siapa yang tahu ke mana hilangnya borang permohonan saya. Berbulan-bulan saya tunggu permohonan saya diterima, ingatkan sudah lama diproses, rupanya... 

Selepas itu saya tersedar, mungkin ada kesilapan di pihak saya. Saya sedar yang saya amat kurang berdoa. Bukanlah tak berdoa langsung, tapi selalunya doa saya tidak spesifik. Saya mahukan sesuatu, tetapi saya tidak beritahu Allah apa dan bila saya mahukan sesuatu itu. 

Contoh, sebelum ini saya berdoa semoga saya dapat pindah ke Taiping, Perak, tetapi saya tidak berdoa dengan jelas bila saya mahu pindah, ke hospital atau Klinik Kesihatan, masuk department mana, semua itu perlu disebut dalam doa kita, supaya kita jelas akan matlamat dan impian kita. 

Kadang-kadang kita rasa Allah tidak mendengar doa kita, kita rasakan Allah tidak memberi apa yang kita hajati, tapi kita lupa, kita lupa yang janji Allah adalah pasti. Mungkin Allah tidak memberi apa yang kita hajati sekarang sebab Allah tahu mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita, Allah mahu berikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta. 

Jadi kawan-kawan semua, teruskan berdoa. Berdoa, berdoa dan berdoa. Yakinlah Allah Maha Mendengar. Saya doakan doa pembaca blog ini dimakbulkan Allah dan jangan lupa doakan saya sekali ya..;)

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

4 comments:

Unknown said...

Subhanallah..
Thanx for sharing Dr..
Mudah2an doa Dr n kita semua akn tmakbul..amin

sakinah (SMS) said...

Aaminn.. InsyaAllah Dr.didi. perkongsian yg bagus. Kinah doakan Dr. berjaya pindah ke taiping sbagaimana dlm doa :-)

Unknown said...

Awen...sharing is caring..hihihi..amin..semoga smua doa kita dimakbulkan..insyaAllah...

kinah..salah satu doa dan impian saya ialah nak jadi as slim as kinah skrg..amin..doakan sy jugak ye..

Sobiha Salim said...

Subhanallah... nak nangis dgr cerita dr. didi pasal Daniel...

Sesungguhnya kuasa Doa sangat hebat sbb Allah Maha Hebat dan Maha Mendengar.

Insaf rasanya..huhu...

Thanks for sharing Dr. Didi.. =)