tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Saturday 27 December 2014

5 sebab kenapa perlu tolong mangsa banjir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca2 mengenai kisah banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sekarang ini. 

Hati mana yang tidak sedih membaca update-update terbaru dari mangsa-mangsa banjir di sana. Keadaan nampaknya sudah semakin teruk.

Ramai mayat-mayat kelihatan bergelimpangan di atas permukaan air di kawasan Kuala Krai. Berapa angka sebenar kematian dan kerugian belum dapat dikenal pasti, yang pastinya angka itu semakin meningkat.

Bekalan makanan semakin kritikal, bukan tiada bekalan, ada. Tetapi petugas-petugas tidak dapat masuk ke kawasan yang memerlukan berikutan faktor keselamatan dan arus deras.

Walaubagaimana sekali pun, marilah kita sama-sama menderma apa yang termampu untuk mangsa-mangsa banjir ini. Mereka amat memerlukan pertolongan dari kita. 

Jadi, di sini disertakan 5 sebab kenapa kita perlu menolong mangsa banjir. 

1) Allah turunkan bencana untuk menguji hamba-hambaNya.
Hamba yang saya maksudkan di sini, bukan sekadar mangsa-mangsa banjir itu sahaja, tetapi kita semua. Sejauh mana kita bersyukur dengan rahmat pemberian Allah. Sekiranya kita sanggup berkongsi bermakna kita mempunyai lebih dari orang lain.


2) Lupakan sikap perkauman, politik, perbezaan agama dan ideologi.
Ini bukan masanya untuk memikirkan perkara-perkara tersebut. Kasih sayang sesama insan adalah yang lebih utama.

3) What you give you will get back
Hari ini mungkin hari mereka, anda tahu bila masa anda akan tiba pula? Kalau sekarang anda rasa berat sangat nak menolong, walaupun anda mampu, tidak mustahil bila anda pula terkena musibah, orang lain akan rasa berat nak menolong anda pula.
Tetapi, jangan pula mengharapkan balasan jika anda sudah memberi pertolongan..Biarlah Allah yang membalasnya...
4) Mangsa banjir tersebut mungkin ahli keluarga anda, rakan-rakan anda, saudara seagama anda.
Walau siapapun mereka, walau anda mungkin tak rapat dengan mereka, hulur-hulurkanlah sumbangan. Anda lebih mampu memberi.
5) Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


 Hanya tinggal bumbung. Gambar MRSM Kuala Krai.



 Berita terbaru. Dijangkakan banjir yang lebih teruk akan melanda di kawasan Kota Bharu dan Pasir Mas.

 Hospital pun banjir. Kasihan dengan pesakit-pesakit dan warga hospital. Kebanyakannya memang kerja 24hours non stop, sebab tidak dapat balik ke rumah. Hanya Allah yang dapat merahmati penat lelah mereka.

 Pekan Kuala Krai, sebelum dan selepas banjir.

 Kawasan pemindahan mangsa banjir pun ditenggelami air.



Hanya tinggal pulau-pulau kecil.

Sekiranya anda berminat untuk menderma tetapi tidak tahu caranya, boleh layari blog kawan saya ini untuk info selanjutnya. 

Semoga  segala sumbangan anda dirahmati Allah. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Saturday 13 December 2014

The POWER of DOA..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur. Dah agak lama saya nak menulis mengenai topik DOA ini tapi disebabkan kesibukan pekerjaan hakiki, asyik tertangguh-tangguh untuk menulis.

Mungkin ramai yang dah tahu, yang saya ini seorang doktor. Buat masa ini saya bekerja di Bilik Bedah dan Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Sabah.

Baru-baru ini saya menjaga seorang kanak-kanak sebaya anak saya, dalam lingkungan 2 tahun umurnya. Saya berikan namanya Daniel, untuk menutup identiti sebenar Daniel. Daniel menghadapi jangkitan kuman di perut yang sangat teruk.

Kami terpaksa memasukkan tiub pernafasan dimulutnya dan membantu Daniel bernafas dengan menggunakan mesin pernafasan kerana keadaan Daniel yang semakin teruk dari hari ke hari.

Daniel terpaksa dibedah dua kali untuk menutup saluran ususnya yang bocor. Keadaan Daniel amat kritikal dan tenat. Setiap kali selesai pembedahan, pakar akan memberitahu ibu Daniel yang mungkin Daniel tidak akan mampu bertahan lebih lama. Ibunya mengatakan yang dia redha walau apa pun yang berlaku ke atas Daniel. Yang saya perasan, dia tak putus-putus berdoa setiap kali berada di sebelah Daniel.

Beberapa kali saya menitiskan air mata kerana tidak mampu melihat keadaan Daniel. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin ada yang terfikir, Doktor mana boleh menangis depan pesakit. Memang saya tak pernah menangis depan Daniel, sebab saya perlu nampak kuat, saya perlu menunjukkan kredibiliti saya sebagai seorang doktor. Tetapi bila saya bersendirian di bilik oncall, tumpah juga air mata mengenangkan Daniel.

Yang buat saya lebih sedih kerana Daniel sebaya anak saya, tetapi tidak dapat mengecapi keseronokkan yang dirasai oleh kanak-kanak sebayanya. Ibu Daniel memang amat tabah! Sekiranya saya berada di tempat ibu Daniel, mungkin saya tidak setabah itu. Nauzubillah min zalik...

Keadaan Daniel semakin hari semakin teruk. Dia mula dijangkiti kuman dalam darah dan saluran pernafasan, sehingga kuman yang menjangkitinya adalah antara kuman TERKEBAL. Berikutan itu Daniel terpaksa diasingkan di dalam bilik khas, dan kami yang masuk ke dalam bilik tersebut terpaksa memakai peralatan khas sebelum dapat memeriksa Daniel.

Hari demi hari, keadaan Daniel masih sama. Tiada tanda-tanda menunjukkan Daniel akan segera pulih. Sehinggalah pada suatu malam, tiub pernafasan Daniel tercabut! Gempar seketika. Rupanya Daniel sendiri mencabut tiub pernafasannya. Kami semua keliru, padahal all measures has been taken to prevent this.

Yang peliknya, keadaan Daniel berubah menjadi baik selepas itu. Dia dapat bernafas dengan baik dan tidak memerlukan  re-intubation. Kami masih support pernafasannya dengan topeng oksigen, just in case.

Keadaan Daniel berubah 100% selepas itu. Dia kelihatan lebih sihat dan ceria. Keadaan perutnya pun makin bagus. Daniel sudah boleh tersenyum, tidak seperti dahulu. Saya sempat bertanya kepada ibu Daniel apakah rahsianya yang membuatkan Daniel menjadi begitu sihat.

Katanya, " Saya tak pernah putus-putus berdoa untuk Daniel, doktor. Setiap kali solat saya akan doakan Daniel. Setiap kali saya bersama Daniel saya akan pegang tangannya dan berdoa. Saya sayangkan Daniel, dan saya tak mahu kehilangannya."


 Alhamdulillah...Allah akan tunjukkan jalan kepada hamba-hambaNya yang berdoa, yang meminta dariNya, yang tak pernah putus harapan mengharapkan yang terbaik dariNya. Janji Allah adalah pasti.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)

Jujur saya katakan, dahulu saya bukanlah orang yang 'rajin' berdoa. Kadang-kadang saya perlu dipaksa untuk berdoa. Kadang-kadang selepas solat, saya perlu mengingatkan diri sendiri untuk duduk beristighfar dan berdoa. Saya jenis yang suka nak cepat, lepas solat, terus bangun, pakai tudung dan kembali bekerja. 

Sehinggalah satu kejadian Allah hendak sedarkan saya, supaya tidak terus 'angkuh', supaya tidak lupa berdoa kepadaNya. Allah hilangkan borang permohonan transfer saya ke Perak. Saya ingatkan borang saya sudah lama sampai ke Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi rupanya hilang di tengah jalan. Tiada siapa yang tahu ke mana hilangnya borang permohonan saya. Berbulan-bulan saya tunggu permohonan saya diterima, ingatkan sudah lama diproses, rupanya... 

Selepas itu saya tersedar, mungkin ada kesilapan di pihak saya. Saya sedar yang saya amat kurang berdoa. Bukanlah tak berdoa langsung, tapi selalunya doa saya tidak spesifik. Saya mahukan sesuatu, tetapi saya tidak beritahu Allah apa dan bila saya mahukan sesuatu itu. 

Contoh, sebelum ini saya berdoa semoga saya dapat pindah ke Taiping, Perak, tetapi saya tidak berdoa dengan jelas bila saya mahu pindah, ke hospital atau Klinik Kesihatan, masuk department mana, semua itu perlu disebut dalam doa kita, supaya kita jelas akan matlamat dan impian kita. 

Kadang-kadang kita rasa Allah tidak mendengar doa kita, kita rasakan Allah tidak memberi apa yang kita hajati, tapi kita lupa, kita lupa yang janji Allah adalah pasti. Mungkin Allah tidak memberi apa yang kita hajati sekarang sebab Allah tahu mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita, Allah mahu berikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta. 

Jadi kawan-kawan semua, teruskan berdoa. Berdoa, berdoa dan berdoa. Yakinlah Allah Maha Mendengar. Saya doakan doa pembaca blog ini dimakbulkan Allah dan jangan lupa doakan saya sekali ya..;)

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Wednesday 3 December 2014

UPSR 5A bukan penentu jadi DOKTOR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot. Semoga anda kaya dan berjaya mencapai segala cita-cita anda.

Keputusan UPSR Dah Keluar

Baru minggu lepas hangat memperkatakan mengenai keputusan UPSR murid-murid darjah 6. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang kecewa kerana mendapat keputusan yang tidak sampai target mereka. 

Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat kecewa kerana anak-anak mereka tidak mendapat 5A..Jadi punahlah harapan mereka untuk melihat anak2 mereka menjejakkan kaki ke MRSM atau sekolah berasrama penuh. Ada juga yang mengatakan tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, tak dapat laa jadi DOKTOR.



Saya hanya menggelengkan kepala membaca komen2 ibu bapa ini. Ingin saya kongsikan pengalaman saya dan kawan-kawan saya sendiri yang tidak begitu cemerlang keputusan UPSR, PMR mahupun SPM, tetapi sekarang telah pun mendapat title Dr di hadapan nama kami.

Bukan lah maksud saya tak perlulah anak-anak belajar, nanti besar nanti jadi Dr jugak.. Tidak, tidak sama sekali.

Pelajaran itu penting. Maha penting. Tanpa ilmu, kita bukan sesiapa.

Bukan Pelajar Cemerlang

Semasa di peringkat sekolah rendah, saya bukanlah pelajar harapan. Keputusan saya biasa2 sahaja. Sehinggalah semasa Darjah 3, saya dimarahi ayah sehingga menangis teresak-esak kerana saya begitu payah untuk memahami kaedah pembahagian. Puas ayah mengajar, berbagai-bagai cara tapi tidak juga faham-faham. Mungkin sebab belum ada Omega Guard dan Mealshakes membuatkan saya sukar memahami pelajaran.

Mula Berubah

Sehinggalah ayah menengking saya dan memaksa saya menyiapkan kerja matematik pada malam itu sehingga lewat malam. Ya, ayah memang garang. Amat garang. Dan mungkin kerana kegarangannya terhadap saya, saya adalah saya pada masa ini.

Selepas kejadian ditengking ayah, saya lebih rajin berusaha. Saya akan buat lebih ujikaji pelajaran dari yang diberi cikgu. Kalau cikgu bagi 10soalan, saya akan buat 20soalan. Kalau cikgu bagi 20soalan, saya akan buat 40soalan dan begitulah seterusnya. Saya lebih rajin menghafal sifir sehingga saya boleh mengulang sifir dr 12×12 sehinggalah 12×1.

Saya Bijak Matematik

Saya lebih cepat melakukan pengiraan matematik berbanding kakak-kakak saya. Di minda saya sentiasa penuh dgn soalan matematik. Kalau nampak mangga di atas pokok, saya akan teruja untuk mengira berapa biji mangga yang ada. Memang saya hantu buah dari kecil, semua jenis buah saya nak telan.

Bahasa Melayu memang kepakaran saya dari kecil. Sampai saya pernah bercita-cita menjadi penulis novel. Pernah juga saya mengarang cerpen dan diterima untuk disiarkan dalam Majalah Didik. Saya mendapat hadiah rm50, dan nilai itu amatlah besar bagi saya pada ketika itu. Tetapi, akhirnya cita-cita terkubur apabila meningkat usia, sekarang Bahasa Melayu pun dah tak berapa melayu.

Tetapi Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup bukan bidang saya ketika itu. Kerana itu, markah keseluruhan peperiksaan saya tidak begitu baik. Saya mendapat 3A1B dalam keputusan UPSR, B dalam Bahasa Inggeris tetapi saya bersyukur kerana itulah hasil dari usaha saya.

Diterima Masuk ke Sekolah Asrama Harian

Walaupun keputusan tidak begitu cemerlang, alhamdulillah saya diterima masuk ke sekolah asrama harian. Mungkin sebab masa itu saya banyak meminta dan berdoa kepada Allah. 

Bukan kerana saya nak sangat masuk sekolah asrama tapi sebab saya tak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah menengah yang telah saya hadiri selama 2hari. Ya, memang dari kecil saya seorang yang pendiam dan tidak ramah. Sudah besar ini, masih juga pendiam tapi terlampau ramah pula dengan orang2 yang saya kenali@rapat.

Di sekolah menengah pun, saya masih pelajar yang biasa2. Pelajar pendiam kan, mana cikgu nak kenal. Tak menonjol, jarang menceburkan diri dengan aktiviti sosial sekolah, kecuali yang diwajibkan. Saya mendapat 7A1B dalam keputusan PMR, dan B dalam subjek Sejarah.

Sebelum melangkah ke Tingkatan 4, kami diberi kaunseling untuk memilih aliran di Tingkatan 4 dan 5 nanti.

Cikgu menasihatkan supaya saya mengambil aliran sastera kerana katanya saya dapat B dalam sejarah. Maksudnya saya tak pandai menghafal, kalau saya ambil Sains Tulen saya akan mengalami kesukaran nanti.

Turning Point Sekali Lagi

Jujur saya katakan, saya tersentak dengan kata2 cikgu tersebut. Macamana dapat B dalam Sejarah boleh dikatakan tak pandai menghafal. Setahu saya kalau nak master Sains, kena pandai memahami. Faham konsep yang diajar dan dibaca bukannya hafal. Konsep itu yang saya amalkan untuk mendapat A dalam subjek Sains.

Disebabkan itu, saya tidak mengendahkan nasihat cikgu, saya terus mendaftar masuk ke kelas Sains Tulen. Saya ingin buktikan yang pelajar yang kuat menghafal pun boleh berjaya dalam aliran Sains Tulen.

Bergelar Pelajar Asrama Penuh

Seminggu belajar dalam Tingkatan 4, rezeki menyebelahi saya lagi. Saya diterima masuk ke MRSM Serting dalam aliran Sains Tulen. Alhamdulillah...

Di MRSM saya berusaha sebaik mungkin, bulan pertama di MRSM saya berjaya mendapat markah tertinggi dalam subjek Biologi pada peringkat maktab. Keputusan saya yang tertinggi di kalangan semua pelajar Tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi. Konsep saya bukan hafal tapi faham.

Keputusan SPM Keluar

Dipendekkan cerita, dalam peperiksaan SPM saya mendapat 7A3B, walaupun agak kecewa tidak mendapat straight As tetapi saya redha. What you give, you get back. 

Mungkin kalau saya dapat 10A ketika itu, saya bukanlah seorang doktor ketika ini. Mungkin saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mungkin saya tidak akan berjumpa dengan suami saya. Mungkin saya tidak akan mengecapi kegembiraan yang saya rasai sekarang ini. Mungkin kan...

Saya pasti Allah telah mengatur perjalanan hidup saya. Saya pasti aturan Allah adalah yang terbaik. Saya pasti Allah tidak pernah melupakan saya. Kadang2 kita tidak dapat apa yang kita mahukan kerana apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

Nasihat Untuk Ibu Bapa

Saya amat mengharapkan ibu bapa dan pelajar di luar sana juga berfikir perkara yang sama. Yang paling penting jangan putus doa. Doa adalah senjata orang Islam yang paling kuat. Kita tidak tahu apakah turning point seseorang itu. Mungkin UPSR nya tidak bagus tapi dia berusaha kuat lagi dan mendapat keputusan SPM yang sangat bagus. 

Saya mempunyai seorang kawan seperjuangan semasa di universiti suatu ketika dahulu. Keputusan UPSR, PMR dan SPM beliau bukanlah yang terbaik. Ketika UPSR beliau hanya mendapat 2A2B, PMR 6A2B dan SPM 3A5B. Tetapi ketika di universiti beliau tidak pernah mengulang kertas peperiksaan atau terpaksa repeat semester. Beliau lebih bijak dari yang mendapat 9A atau 10A.

Sebagai ibu bapa, haraplah yang terbaik dari anak-anak. Sentiasa doakan mereka dan fikir perkara positif terhadap mereka. InsyaAllah mereka akan berubah menjadi seperti yang anda doakan.

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)