tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Tuesday 4 November 2014

Susahnye BREASTFEEDING! (part 1)

Baru2 ini, sy ada terbaca entry seorang sahabat mengenai susah nya dia nak breastfeed anaknya. Baru bersalin hari kedua, caesarian lagi. Mane nak jaga diri sendiri, mane nak gerak ambik baby dlm cot utk disusukan. Susu pulak takde, kering je rasanya. Paling malang, nurse di ward pula marah2 sbb sahabat sy nie tak mau menyusukan anaknya.

Luahan hati beliau terus membuatkan sy teringat akan pengalaman diri sy sendiri. Ya, sy pun pernah hadapi masalah yg sama. Sy pon pernah menangis sbb SUSAHNYE NAK BREASTFEEDING. Sy igtkan breastfeeding nie mcm second nature. Once baby lahir, terus pandai breastfeeding, rupanya tidak. Susah rupanya, banyak yg perlu dipelajari..

Pengalaman selepas melahirkan anak, mmg sgt berlainan bg setiap individu. Pengalaman sy? Agak traumatic..Kenapa? Akan sy ceritakan di entry2 yg akan dtg, sbb entry nie sy nak fokus tentang penyusuan susu ibu.

Ok, lepas bersalin kan Izznur melalui proses vacuum delivery, saya mmg sgt keletihan. Bersalin pukul 240pm, tapi disuruh puasa sehingga pukul 9pm. Ini kerana sy mengalami post partum hemorrhage (pendarahan selepas bersalin). Lepas Izznur dibersihkan dan dipakaikan baju oleh Nurse, Izznur diserahkan kepada saya untuk disusukan. Tapi......susu langsung tak keluar. Oh No! Lapar laa anak saya. Berabis cuba susukan, mungkin ada sedikit colostrum. Izznur agak tenang pada mulanya, tapi selepas beberapa ketika, mula menangis. Saya yang masih berpuasa dan mengalami keletihan yang amat sangat, terpaksa merelakan Izznur diberi susu formula( tapi pakai cup yaa..bukan botol, penting tuh!)

Izznur selepas dilahirkan dan dibersihkan.

Saya bermalam di bilik bersalin kerana komplikasi kelahiran dan bilik di ward amat penuh. Keadaan bilik agak selesa, tp saya rasa langsung tidak selesa langsung pada mlm itu. Nasib baik Izznur dijaga oleh Nurse yang bertugas shift malam. Saya masih tidak dpt tidur sehingga pukul 5am, dan baru sahaja melelapkan mata, pukul 7am terkejut lagi sbb Nurse buat past over round. Ok, dipendekkan cerita, tengahari nya saya dpt balik ke rumah.

Disebabkan masih awal, jadi saya dan suami membuat keputusan untuk terus balik ke Kudat. Perjalanan menaiki kereta hampir 3jam disebabkan keadaan jalan yg sedang dlm proses pemuliharaan. Sepanjang perjalanan memang Izznur saya dukung. Alhamdulillah, dia tak banyak merengek atau menangis. Mudah kerja kami sebagai ibu bapa baru..


Hari pertama Izznur di rumah.

Saya masih cuba melakukan breast feeding on demand. Tapi, saya tidak pasti ada susu ke tidak, cuma Izznur memang akan hisap then tertidur, bila saya lepaskan dia akan kembali terjaga dan menangis. Memang sgt stress time tuh, nasib ada Encik Suami yang amat prihatin dan memahami.

Masuk hari kedua, breast saya mula membengkak, sangat sakit! Untuk ibu2 yang pernah mengalami breast engorgement pasti faham perasaan saya. Sukar untuk menyusukan kerana terlalu sakit. Tapi saya terpaksa juga susukan Izznur sambil makan pain killer. Lepas bbrp jam, kesan pain killer akan hilang dan saya akan sakit semula. Encik Suami mencadangkan untuk menerima khidmat nasihat dan bimbingan dr Dr Ama, kawan sekerja saya. Nasib Ama prihatin dan datang pada malam itu juga. Dia mengajar cara technique attachment dan latching yang betul, bukan saya tak pernah belajar dr kelas Breastfeeding 20jam yg diwajibkan untuk doktor2. Saya pernah belajar semua tuh, tp practical tak sama mcm teori. U have to practise it to make it perfect. Ama juga mengajar cara untuk mengurangkan bengkak susu, antaranya menggunakan sikat, warm pad dan kubis. Beliau menggalakkan saya memerah susu, untuk melancarkan pengeluaran susu. Supply vs Demand concept.

Alhamdulillah bengkak makin kurang, tp ada crack nipple laa pulak. Pedihnya Allah saja yang tahu. Masuk hari ketiga, susu makin banyak dihasilkan. Tapi Izznur nampak semakin kuning. Serum Bilirubin level makin naik,tapi belum sampai tahap kene letak bawah sinaran phototherapy. Saya meneruskan konsep breast feeding on demand, dan kadang2 memaksa Izznur menyusu setiap 2jam sekali kerana mahu jaundice nya cepat kurang. Saya menjadi sangat prihatin terhadap kekerapan kencing dan buang air besar Izznur, termasuk warna air kencing nya.



Terpaksa dicucuk untuk check kuning.

Masuk hari ke empat, Izznur lebih banyak tidur dari menyusu. Walaupun sudah dikejutkan, masih jugak nampak mengantuk, dan akan tertidur sebaik sahaja mula menyusu. Encik Suami mengambil sendiri darah Izznur dan menghantar ke makmal, tidak sampai setengah jam, Encik Suami memberi Whatsapp memberitahu SB level Izznur 314 (Normal level below 280).  Saya memang dah agak dah, SB level akan naik, tapi cuba menidakkan kenyataan. Nak kena masuk ward lagi ke nie..skrg pon blum sihat betul lagi. Tapi, kalau tak masuk hari nie,takut lebih teruk. Hari ketujuh kami akan balik ke Kuala Lumpur untuk berpantang di sana. Aiseyh...

Akhirnya petang itu juga, kami mendaftar masuk ke ward kanak-kanak, hospital tempat saya bekerja. Berat badan Izznur memang turun sedikit 2.64kg, masa lahir 2.8kg, tapi itu NORMAL bagi bayi baru lahir. Disebabkan ward kanak2 tidak mempunyai bilik kelas satu, kami 'menumpang' di ward bersalin. Satu bilik mempunyai 2katil. Harapan saya semoga Encik Suami dapat menemani saya pada malam hari. Sesi phototherapy dimulakan, saya hanya mengangkat Izznur sekiranya Izznur mahu menyusu. Alhamdulillah, susu semakin banyak, saya masih memerah susu menggunakan breast pump manual yang dipinjam dari seorang kawan. Izznur lebih kerap kencing, dan warna air kencing nya lebih jernih. Izznur nampak lebih active. Alhamdulillah..syukur Ya ALLAH...

Malamnya, Encik Suami menemani kami bermalam di hospital. Sepatutnya tidak dibenarkan, tapi oleh kerana kami berdua staff hospital, staff2 ward bersalin hanya tutup sebelah mata. Sekurang2 nya bila ada Encik Suami tidaklah begitu sunyi, dan dia dapat bergilir2 menjaga Izznur. Anak kami memang manja dari kecil, tidak mahu berseorangan di bawah sinaran lampu, terpaksalaa kami alihkan phototherapy ke katil besar, dan sama2 'menikmati' sesi phototherapy. Barulah Izznur dapat tidur nyenyak, tapi saya masih menyusukannya setiap 2jam supaya kuning cepat turun. Ikut hati mau sahaja saya memberikannya susu formula, tapi terpaksa cekalkan hati kerana saya tau susu ibu adalah yang terbaik untuk anak.

Keesokan harinya, awal2 pagi lagi Encik Suami telah balik ke rumah. Kesian Encik Suami, dia terpaksa mengemas rumah, membasuh baju, ke pasar membelikan makanan segar untuk dimasak kemudiannya, memasak lauk berpantang saya dan lain-lain tugasan. Saya tahu Encik Suami penat tetapi saya tidak dapat membantunya. SB level Izznur hanya turun sedikit dari 314 ke 310, tetapi secara mata kasarnya, sudah amat berkurang jaundice pada kulit Izznur. Saya masih meneruskan breast feeding on demand, dan bila Izznur tak menyusu, saya akan pump untuk stimulate lebih banyak penghasilan susu. Memang hasilnya tak banyak, mula2 beberapa titik ke 1oz sahaja, tapi lama kelamaan dia akan menjadi banyak.InsyaAllah..

Hari keenam, alhamdulillah, akhirnya SB Izznur turun ke peringkat normal, 210, agak mendadak penurunannya, berkat susu ibu agaknya. Kami akhirnya dapat pulang ke rumah. Dan esoknya, bertolak ke Kota Kinabalu untuk menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur. Tak sabar dah nenek Izznur nak jumpa cucu sulung nya.

Encik Suami hanya menemani saya seminggu di KL, kemudian terpaksa kembali semula bertugas di Kudat. Semasa berpantang saya masih meneruskan aktiviti memerah susu,untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Alhamdulillah, banyak jugak stok susu yang dapat dikumpul.

Sepanjang tempoh berpantang, memang saya cuba mendapatkan sebanyak banyak ilmu yang boleh dipelajari mengenai teknik penyusuan, cara penyimpanan susu ibu, cara membuat tandem nursing dan banyak lagi. Segala ilmu ini memang MAHA PENTING ya...tanpa ILMU memang tak dapat nak teruskan penyusuan susu ibu ini. Dicampur pula bila melihat ipar2 yang memberikan anak2 mereka susu formula, anak mereka lebih besar berbanding Izznur. Saya cuba menguatkan hati, untuk tidak terjebak dengan susu formula, walaupun ada suara2 sumbang yang mengeji kononnya anak saya kecil sebab susu ibu.

Alhamdulillah, berjaya jugak sy menyusukan anak sy dengan susu ibu, walaupun pada peringkat permulaannya, 'terpaksa' juga bagi susu formula.Tapi berkat usaha dan doa, alhamdulillah Izznur mendapat exclusive breast feeding sampai cukup umur 6bulan..

Tujuan sebenar saya berkongsi pengalaman menyusu saya adalah untuk memberitahu ibu2 di luar sana, DONT EVER GIVE UP. Walau siapa pun anda, walau setinggi mana pelajaran yang telah anda pelajari, ilmu breast feeding takkan sama, dan takkan dapat dipelajari tanpa betul2 mempraktikkannya. Saya sendiri sudah menghadiri kursus asas breast feeding 20jam, yang merupakan KURSUS WAJIB bagi staff perubatan. Walaupun dah berkursus berhari2, tapi bila part menyusukan anak sendiri, saya masih belum pandai. Teori memang sangat berbeza dengan praktical skills...

Dan untuk bakal2 ayah di luar sana, anda juga perlu belajar ilmu breastfeeding, kerana MORAL SUPPORT dari anda lah yang akan menentukan berjaya atau tidak seseorang ibu itu menyusukan anaknya. Andalah tulang belakang isteri2 anda yang sedang berpantang ini. Sangat bagus sekiranya anda dapat mendalami ilmu breast feeding sebelum bayi dilahirkan lagi. Lebih bagus sekiranya anda yang dapat menjaga isteri anda ketika tempoh berpantang, selama ini kan isteri anda lah yang menyediakan makan minum untuk anda. Inilah masanya menunjukkan kasih dan sayang anda kepada isteri dan anak2.

Okay..sebelum saya melalut lebih panjang lagi, bagus saya berhenti dulu di sini. InsyaALLAH part 2 akan disambung pada masa2 akan datang..Amin..

Sekiranya ada ibu2 di luar sana yang memerlukan pertolongan mengenai breastfeeding, atau ingin mendapatkan konsultasi supplements breast feeding yang terbaik, anda dijemput menghubungi saya. InsyaALLAH saya akan cuba menyelesaikan masalah anda. Niat saya hanya untuk membantu anda, kerana saya pun pernah jadi seperti anda..

Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

2 comments:

Unknown said...

Failed to breast feed my first son exclusively and managed only 2 months mixed with formula milk...i think it was the lack of knowledge, determination and personal commitment. You will definitely be one of the first group of ppl i will turn to when i need advice or encouragement for my second baby later this coming january....haha

Unknown said...

KC..try again for the second one..if u already decided YOU CAN DO IT. Start preparation from now..like buying breast pump and all it equipment, nursing stuff etc..And support from family is very important especially spouse..I am sure Fisorn are more than willing to do that..:)