tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Sunday, 8 February 2015

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizzznur.blogspot...

Dah sangat lama saya berfikir untuk menulis entry ini. 

Kenapa dan bagaimana saya mula mula jatuh hati dengan produk Shaklee.

Kisah silam saya dan MLM

Dahulu saya memang benci MLM, disebabkan kisah pahit pada 4 tahun lepas. Terjebak dengan MLM. Terpengaruh sebab kononnya nak kahwin kena pakai duit banyak, jadi kalau join MLM nie mudah dapat duit. Selain pakai barangannya yang menjanjikan tubuh badan menawan. Siapa yang tak nak kelihatan selim melim masa hari perkahwinan kan?

Masa tu tak tau pun pasal formula M.E.S.T.I. 

Dan akhirnya tak jadi apa apa pun. Produknya masih ada sekotak dengan saya. Saya tak tau nak buat apa. Tak tau nak jual produk. Tak dapat guidance yang sepatutnya. Mungkin sebab saya jauh di Sabah. Nak jumpa upline pun payah. Akhirnya saya stucked dengan sekotak barang. 

Hmm..nasiblaa..nak business nie mesti amalkan formula M.E.S.T.I. anda tak tau ape itu M.E.S.T.I? Meh PM saya..

Kisah Shaklee dan saya...

Ok,jadi kenapa saya pilih Shaklee walaupun awal awal lagi saya dah tahu Shaklee itu MLM?

Saya mula berkenalan dengan Shaklee pada akhir bulan September 2014. Ketika itu saya sedang mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan.

Jadi, masa terluang di spend kan dengan berlocum..hihi..pengalaman yang sangat berbeza dari pekerjaan saya sebelum nie.

Sebelum ini memang ada dengar pasal Shaklee, tapi malas nak ambil kisah. 

Bagi saya, saya tak perlukan supplement. Saya rasa saya sihat. Saya tak ada diabetes, kencing manis, sakit jantung etc..(walaupun sejarah keluarga memang ada penyakit 3 serangkai nie) 

Kisah Qaisara dan sembelit

Kebetulan, masa itu Qaisara terkena sembelit yang sangat teruk.

Buang air besar sampai menangis-nangis. Kadang-kadang sampai berdarah-darah. Kami terpaksa melakukan 'manual evacuation of faeces'. Sehingga satu tahap yang teruk terpaksa memasukkan ravin enema ke lubang duburnya. 

Hasilnya Qaisara akan menangis lebih kuat mungkin disebabkan oleh kesakitan contraction pain ketika najis cuba dikeluarkan dari lubang dubur.

Memang selepas diberi ravin enema, Qaisara akan buang air besar. Kadang-kadang sampai tercirit. Saya tak sampai hati melihat Qaisara, sampai trauma setiap kali nak membuang. 

Ibu mana yang sampai hati melihat anaknya begitu.

Jadi, saya terpaksa merajinkan diri mencari penyelesaian terbaik untuk sembelit. Ada yang mencadangkan memberi banyak buah-buahan tinggi serat seperti prun, pisang dan sayur-sayuran. 

Malangnya, setelah mencuba tiada satu pun formula yang berkesan untuk Qaisara. Tetapi hati ibu kuat mengatakan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Tertarik untuk mencuba

Sehinggalah pada suatu hari ketika locum, boss klinik yang saya locum itu pengedar Shaklee juga. 

Jadi di kliniknya beratur laa produk produk Shaklee. Saya tertarik dan bertanyakan kepada nurse apa vitamin terbaik untuk badan lesu, cepat letih walaupun dah cukup tidur. (Masa itu tak tau Shaklee ada produk untuk anak anak sembelit).

Nurse suggestkan vitalea. Jadi dah jadi lumrah seorang doktor, mesti nak tau details supplement or vitamin yang dimakan kan.

Jadi bermulalah episod google mengoogle saya. Memang banyak blog yang menjual Shaklee. Macam macam info yang saya dapat, tapi belum mampu menarik minat saya untuk mencuba produk mereka.

Permulaan kepada perubahan

Dan ditakdirkan saya terjumpa blog mariafirdaus dan di situ saya terjumpa sebuah ebook yang amat menarik hati saya. 


Anda boleh baca ebook tersebut dengan mengklik link di bawah.


Ebook setebal 161 mukasurat dapat saya habiskan dalam masa satu hari.

Saya tersentap. Watak Mia dalam ebook itu amat menarik hati. Sikap Mia yang susah nak berubah macam sikap yang ada dalam diri saya. Saya jenis yang suka memberi 1001 alasan. 

Saya terlalu selesa dengan pekerjaan saya. Cukup bulan dapat duit gaji bayar hutang. Tiada perubahan bulan demi bulan, tahun demi tahun. 

Tidak pernah terfikir dalam fikiran saya untuk berniaga. Pendapat saya ketika itu, untuk apa berniaga jika sekarang pun saya mampu hidup selesa. Selesa lah sangat....kan?

Bila ada mentor, wajib ikut cakapnya

Saya mengikut apa sahaja yang disuruh oleh 'Farid' dalam ebook tersebut. Solat istikharah, solat dhuha, zikir..semuanya saya lakukan. 

Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk menghubungi Maria pada 17hb October 2014. Dan di situlah bermulanya detik pahit manis saya bersama Shaklee.

Dan setelah berkenalan dengan Maria,  Maria mensuggestkan saya untuk memberi mealshakes buat Qaisara. Terbukti masalah sembelit Qaisara hilang sedikit demi sedikit dalam masa 2minggu. 



Anda boleh baca mengenai kisah Mealshakes dan Qaisara pada link ini.


I am a HAPPY CUSTOMER!

Alhamdulillah, setakat ini saya amat amat berpuas hati dengan produk Shaklee. Bukan seperti sesetengah produk yang indah khabar dari rupa. Shaklee memang terbukti berkesan selaras dengan mottonya. 

ALWAYS WORKS, ALWAYS SAFE, ALWAYS NATURAL...

Dan disebabkan saya dah menerima kebaikan produk Shaklee, saya sangat gembira berkongsi kebaikan produk ini kepada keluarga dan kawan- kawan saya. Alhamdulillah, mereka juga sudah menjadi pengguna tegar Shaklee. 

Fuhh...amat panjang cerita kisah saya dan Shaklee kan? Banyak lagi kisah yang belum saya kongsikan. Kisah anda bagaimana pula? 

Baiklah, sehingga di sini sahaja coretan saya buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

1 comment:

sakinah (SMS) said...

Alhamdulillah.. Bahagia dan happy, kan Dr. bila orang yang kita saya sihat.. Alhamdulillah..