tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Tuesday, 24 February 2015

Yeay, naik pangkat!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur. Semoga anda sentiasa berada dalam lembayung-Nya..Amin...

Ok, entry kali nie dah terlewat 2 bulan sebenarnya. Hihi..patotnya saya dah cerita dari 2 bulan lepas, tapi disebabkan tugas hakiki dan keluarga yang agak mencabar, entry ini terpaksa ditangguhkan..Kebetulan selepas naik rank Supervisor saya dapat berpindah ke Taiping, Perak. Salah satu impian dari Board Vision saya...

Alhamdulillah saya naik rank ke supervisor selepas dua bulan setengah join Shaklee. Saya start join Shaklee pada 17hb Oktober 2014, dan pada 1/1/2015 saya sudah bergelar Supervisor. 

Ada 6 lagi rank yang perlu saya 'daki' sebelum bergelar Master Coordinator.

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi cepat. Saya tak sangka akan naik rank begitu cepat. To be honest, saya belum menyediakan mental dan fizikal saya untuk bergelar Supervisor. Semasa mendapat tahu saya berjaya naik ke Supervisor, saya memang sedang busy menguruskan projek menghantar barang-barang keperluan untuk mangsa banjir, dari Kota Kinabalu Sabah ke Kota Bharu Kelantan.

 Bersama kawan-kawan yang menjayakan Misi Banjir kami.

Masa itu memang tawakkal aje. Kawan-kawan Shaklee yang lain tengah sibuk-sibuk closing, saya pula tengah sibuk packing barang-barang. Memang kenangan betul lah. 

 Inilah hasil barang-barang yang dipacking pada tengah malam 31/12/2014. Just before saya dapat tahu jadi Supervisor.

 First time dengar Rush Tag sebab barang-barang dihantar tanpa penumpang.


Best sebenarnya naik Supervisor nie. Kita akan nampak peluang yang Shaklee tawarkan lebih cerah. Kita tahu yang kita akan dapat apa yang Shaklee janjikan. It's sooner or sooner.


Setakat ini saya baru mendapat Cash Program dari Shaklee. Saya aim nak dapat Car Program by December 2015. Best je tengok kawan kawan seperjuangan yang dah dapat Car Bonus nie. Tiap tiap bulan Shaklee tolong bayarkan duit kereta. Kita boleh pilih samada nak beli kereta baru pakai duit itu atau bayar duit kereta sedia ada atau buat apa-apa yang kita nak dengan duit itu. Yang bestnya, Shaklee bagi duit tau bukan belikan kereta! Jadi, bergantung kepada kita laa nak buat apa kan?

Untuk pengetahuan anda, bulan pertama bergelar Supervisor bonus saya sudah mencecah rm1500. Bulan kedua pula saya mendapat rm2000. Best kan business nie, sentiasa naik bonus, boleh tambah pendapatan keluarga.

Saya berimpian untuk meneruskan Business Shaklee ini secara part time buat masa ini, dan insyaAllah sekiranya masa mengizinkan saya akan meneruskan business ini secara full time. Impian saya adalah untuk menjadi WORKING AT HOME MUM. Doakan saya yaa pembaca blog mummyizznur sekalian. 

Baiklah, sampai sini sahaja entry saya kali ini. InsyaAllah saya akan berkongsi lagi dengan anda tentang keseronokan berShaklee. 

Eh,sebelum saya terlupa. Jom pakat-pakat baca Ebook Sorry Boss nie.. Saya nak bagi anda percuma tau sempena saya naik rank jadi Supervisor. Ebook ini banyak mengubah cara saya berfikir. Mana lah tau kalau hidup anda pun akan berubah 360 darjah selepas membaca Ebook ini.


Silalah baca Ebook di atas tau. Ok, sehingga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)

Tuesday, 17 February 2015

Wow! Now Everyone Can Kurus!

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot.com. 
Saya doakan anda kaya dan berjaya. 

Anda nak tak kalau lelemak di badan anda hilang? Lekuk lekuk tubuh mula kelihatan? Perut buncit makin hilang? Dagu yang dulu berlapis-lapis sekarang dah ade shape? 

Best kan?

Dulu saya pun tak percaya. Ada ke cara nak kurus dengan mudah? Macam tak logic je rupanya. Tapi kawan saya kata kalau tak percaya takpe, buat aje...

So...saya pun buatlaa.. Apa yang saya buat? Saya join group nie. Masa tu group nie guna whatsapp je.

Ini bukan saya. Ini antara peserta awal group NECK. Beliau sekarang dah makin kurus tau...

Berat saya pada Disember 2014 adalah 67.8kg tapi pada 14hb February 2015 berat terbaru saya adalah 61.2 kg! Bestkan?

 Ini pun bukan saya, ini Sakinah. Perubahan mendadak berat Sakinah buat saya fikir, saya pon boleh jadi macam Kiena.

Yang lagi best lepas join group Telegram yang dibimbing oleh Abang Ketak dan Master Firdaus pada 1hb Februari 2015, berat saya turun mendadak dalam masa 2minggu. Saya hilang 4.0 kg! Satu angka yang amat besar bagi saya.

 Haa..ini lah Master Firdaus. Dulu, beliau gemuk tau. Sekarang dah kurus. Berat badan beliau sekarang adalah 67kg je, dan dalam proses menjadi Abang Sado.

Anda nak tau kenapa berat saya turun lebih cepat dalam masa yang amat singkat? Sebab dalam group ini kami diajar mengenai formula M.E.S.T.I Kurus... Memang wajib kurus kalau guna formula nie. Bestkan?

Saya ingatkan nak kurus nie susah..Rupanya taklah sesusah yang disangka. Yang penting kena jaga makan. minum banyak air masak dan exercise sikit sikit. Ada banyak lagi lah ilmu Kurus yang diajar dalam group Now Everyone Can Kurus nie.

Nie baru intro, anda nak tau lebih kene klik link di bawah.


Saya belum betul betul berjaya. Saya nak capai 54.0kg by 14 May 2015 iaitu 100hari lepas join group NECK. Saya rasa saya akan berjaya. Harap harap semua yang baca blog nie mendoakan saya ya. 

InsyaAllah.. Saya yakin saya akan berjaya dan cek bernilai rm1000 itu akan menjadi milik saya.

Opps..saya tak bagitau anda lagi eh pertandingan nie kalau menang dapat duit? Bukan setakat duit aje tau. Emas pun boleh dapat. 

Anda dah berminat sekarang kan? Haa...jom klik link ini untuk mengetahui lebih lagi...


Saya doakan semoga anda akan menjadi kurus, mendapat bentuk badan yang anda idamkan dan sihat selepas ini. Amin.....

Sunday, 8 February 2015

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizzznur.blogspot...

Dah sangat lama saya berfikir untuk menulis entry ini. 

Kenapa dan bagaimana saya mula mula jatuh hati dengan produk Shaklee.

Kisah silam saya dan MLM

Dahulu saya memang benci MLM, disebabkan kisah pahit pada 4 tahun lepas. Terjebak dengan MLM. Terpengaruh sebab kononnya nak kahwin kena pakai duit banyak, jadi kalau join MLM nie mudah dapat duit. Selain pakai barangannya yang menjanjikan tubuh badan menawan. Siapa yang tak nak kelihatan selim melim masa hari perkahwinan kan?

Masa tu tak tau pun pasal formula M.E.S.T.I. 

Dan akhirnya tak jadi apa apa pun. Produknya masih ada sekotak dengan saya. Saya tak tau nak buat apa. Tak tau nak jual produk. Tak dapat guidance yang sepatutnya. Mungkin sebab saya jauh di Sabah. Nak jumpa upline pun payah. Akhirnya saya stucked dengan sekotak barang. 

Hmm..nasiblaa..nak business nie mesti amalkan formula M.E.S.T.I. anda tak tau ape itu M.E.S.T.I? Meh PM saya..

Kisah Shaklee dan saya...

Ok,jadi kenapa saya pilih Shaklee walaupun awal awal lagi saya dah tahu Shaklee itu MLM?

Saya mula berkenalan dengan Shaklee pada akhir bulan September 2014. Ketika itu saya sedang mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan.

Jadi, masa terluang di spend kan dengan berlocum..hihi..pengalaman yang sangat berbeza dari pekerjaan saya sebelum nie.

Sebelum ini memang ada dengar pasal Shaklee, tapi malas nak ambil kisah. 

Bagi saya, saya tak perlukan supplement. Saya rasa saya sihat. Saya tak ada diabetes, kencing manis, sakit jantung etc..(walaupun sejarah keluarga memang ada penyakit 3 serangkai nie) 

Kisah Qaisara dan sembelit

Kebetulan, masa itu Qaisara terkena sembelit yang sangat teruk.

Buang air besar sampai menangis-nangis. Kadang-kadang sampai berdarah-darah. Kami terpaksa melakukan 'manual evacuation of faeces'. Sehingga satu tahap yang teruk terpaksa memasukkan ravin enema ke lubang duburnya. 

Hasilnya Qaisara akan menangis lebih kuat mungkin disebabkan oleh kesakitan contraction pain ketika najis cuba dikeluarkan dari lubang dubur.

Memang selepas diberi ravin enema, Qaisara akan buang air besar. Kadang-kadang sampai tercirit. Saya tak sampai hati melihat Qaisara, sampai trauma setiap kali nak membuang. 

Ibu mana yang sampai hati melihat anaknya begitu.

Jadi, saya terpaksa merajinkan diri mencari penyelesaian terbaik untuk sembelit. Ada yang mencadangkan memberi banyak buah-buahan tinggi serat seperti prun, pisang dan sayur-sayuran. 

Malangnya, setelah mencuba tiada satu pun formula yang berkesan untuk Qaisara. Tetapi hati ibu kuat mengatakan pasti ada jalan penyelesaiannya.

Tertarik untuk mencuba

Sehinggalah pada suatu hari ketika locum, boss klinik yang saya locum itu pengedar Shaklee juga. 

Jadi di kliniknya beratur laa produk produk Shaklee. Saya tertarik dan bertanyakan kepada nurse apa vitamin terbaik untuk badan lesu, cepat letih walaupun dah cukup tidur. (Masa itu tak tau Shaklee ada produk untuk anak anak sembelit).

Nurse suggestkan vitalea. Jadi dah jadi lumrah seorang doktor, mesti nak tau details supplement or vitamin yang dimakan kan.

Jadi bermulalah episod google mengoogle saya. Memang banyak blog yang menjual Shaklee. Macam macam info yang saya dapat, tapi belum mampu menarik minat saya untuk mencuba produk mereka.

Permulaan kepada perubahan

Dan ditakdirkan saya terjumpa blog mariafirdaus dan di situ saya terjumpa sebuah ebook yang amat menarik hati saya. 


Anda boleh baca ebook tersebut dengan mengklik link di bawah.


Ebook setebal 161 mukasurat dapat saya habiskan dalam masa satu hari.

Saya tersentap. Watak Mia dalam ebook itu amat menarik hati. Sikap Mia yang susah nak berubah macam sikap yang ada dalam diri saya. Saya jenis yang suka memberi 1001 alasan. 

Saya terlalu selesa dengan pekerjaan saya. Cukup bulan dapat duit gaji bayar hutang. Tiada perubahan bulan demi bulan, tahun demi tahun. 

Tidak pernah terfikir dalam fikiran saya untuk berniaga. Pendapat saya ketika itu, untuk apa berniaga jika sekarang pun saya mampu hidup selesa. Selesa lah sangat....kan?

Bila ada mentor, wajib ikut cakapnya

Saya mengikut apa sahaja yang disuruh oleh 'Farid' dalam ebook tersebut. Solat istikharah, solat dhuha, zikir..semuanya saya lakukan. 

Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati saya untuk menghubungi Maria pada 17hb October 2014. Dan di situlah bermulanya detik pahit manis saya bersama Shaklee.

Dan setelah berkenalan dengan Maria,  Maria mensuggestkan saya untuk memberi mealshakes buat Qaisara. Terbukti masalah sembelit Qaisara hilang sedikit demi sedikit dalam masa 2minggu. 



Anda boleh baca mengenai kisah Mealshakes dan Qaisara pada link ini.


I am a HAPPY CUSTOMER!

Alhamdulillah, setakat ini saya amat amat berpuas hati dengan produk Shaklee. Bukan seperti sesetengah produk yang indah khabar dari rupa. Shaklee memang terbukti berkesan selaras dengan mottonya. 

ALWAYS WORKS, ALWAYS SAFE, ALWAYS NATURAL...

Dan disebabkan saya dah menerima kebaikan produk Shaklee, saya sangat gembira berkongsi kebaikan produk ini kepada keluarga dan kawan- kawan saya. Alhamdulillah, mereka juga sudah menjadi pengguna tegar Shaklee. 

Fuhh...amat panjang cerita kisah saya dan Shaklee kan? Banyak lagi kisah yang belum saya kongsikan. Kisah anda bagaimana pula? 

Baiklah, sehingga di sini sahaja coretan saya buat kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain kali.

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)