tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Wednesday, 4 March 2015

5 Fakta Penting yang Anda Perlu Tahu Tentang Kolesterol

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.

Saya doakan anda kaya dan sihat. Semoga paras kolesterol anda sentiasa berada pada paras yang normal.

Pada perkongsian kali ini saya ingin sangat berkongsi mengenai sesuatu yg sangat sinonim dengan kita. Terutamanya mereka yang amat mementingkan kesihatan.

KOLESTEROL...

Kolesterol ini datang dari bahasa Inggeris iaitu Cholesterol. Kita selalu dengar kan orang kata, 
"Aku tak nak laa mkn kambing tuh, tinggi tahap kolesterol".. 
"Eh, minyak masak nie takde kandungan kolesterol laa..bagus beli nie". 
"Ala..aku kurus..orang kurus mana ada kolesterol.."

Tapi, tahukah anda apa itu kolesterol?

FAKTA 1: Jom kita belajar, apa itu Kholesterol?

Kolesterol adalah bahan yang berlemak yang ditemui dalam sel-sel badan manusia. Sumber utama kolesterol adalah dari pemakanan (exoproduction) ataupun penghasilan dari hati (endoproduction).

Exoproduction didapati dari segala jenis makanan yang anda makan hari-hari. Produk tenusu, ayam, daging dan telur adalah contoh makanan yang mengandungi kolesterol. Selepas kita makan, kolesterol tadi aan bersalut dengan protein dan sebatian ini diapnggil chylomicron. 

Kolesterol terdiri dari kolesterol jahat yang dipanggil LDL-Cholesterol dan kolesterol baik yang dipanggil HDL-Cholesterol. Selain daripada itu Triglycerides juga dikategorikan dalam kumpulan kolesterol.

FAKTA 2: Kenapa saya kata ada kolesterol jahat, ada pula kolesterol baik?
 
Ini kerana Kolesterol jahat mudah menjadi sebatian tepu (plague) yang akan melekat pada saluran2 darah anda (atheroscerosis). Jika plague2 ini melekat pada saluran jantung anda, ianya akan menyempitkan dan mengecilkan lagi pembuluh darah jantung. Dengan pemakanan tinggi kandungan lemak yang tidak terkawal, lama kelamaan, plague ini akan makin menebal dan terkumpul dengan banyaknya. Ini yang akhirnya individu mendapat serangan jantung kerana jantung tidak mendapat gas oksigen yang mencukupi kerana saluran darah nya terlalu sempit untuk mengalirkan darah beroksigen ke jantung. 

Jika plague2 ini melekat pada saluran darah di otak anda, berkemungkinan besar anda akan terkena ischemic stroke ataupun dipanggil angin ahmar kerana sebahagian sel otak tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Kolesterol baik pula berfungsi untuk melekatkan dirinya pada kolesterol jahat dan menghalang kolesterol jahat dari berkumpul pada saluran2 darah.

FAKTA 3: Fungsi sebenar kolesterol.

" Kalau macam tuh taknak makan makanan ada cholesterol laa.."
 
Bukan macam tuh..sebenarnya kolesterol ini antara komponen penting yang diperlukan oleh badan bagi memastikan sistem dalaman badan dpt berfungsi dengan baik. Tanpa kolesterol, badan kita terutamanya otak tidak akan dpt memproses informasi dengan betul dan tepat. 

Walaupun anda tidak mengambil langsung makanan yang mengandungi kolesterol, tetapi badan anda iaitu hati akan tetap menghasilkan kolesterol. Ini penting untuk memastikan sistem tubuh badan berfungsi dengan sempurna. 

Kita boleh makan makanan yang mengandungi kolesterol cuma kena berpada- padalah. Bukannya tak boleh makan langsung. Sememangnya sukar untuk kita mengelakkan diri dari makanan yang mengandungi kolesterol terutamanya makanan-makanan yang terdapat di Malaysia.

sedapnye...
oh my..who can resist this?

typical Malaysian breakfast..









yummy...drooling of saliva...






 FAKTA 4: Bagaimana cara kolesterol dinyahkan dari badan?

Kebiasaannya makanan yang dihadam akan melalui perut, dicernakan di situ dan kemudian ditolak masuk ke usus kecil dan usus besar. Kebanyakan penyerapan lemak berlaku pada usus kecil kita. 

Hati akan menukarkan lemak ke bile acid untuk memudahkan penyerapan lemak berlaku di usus kecil.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Namun, jika kita mengambil terlalu banyak cholesterol, hati akan cuba untuk membuang kolesterol ini dan sekiranya tidak berjaya hati akan membengkak dengan lemak. Gejala ini dipanggil fatty liver disease. Sekiranya kolesterol  terkumpul dengan banyak ini akan menyebabkan bile acid tadi melekat dengan banyak di antara satu sama lain, dan menyebabkan penghasilan batu pada pundi hempedu anda.

Contoh hati yang berlemak.
















FAKTA 5: Apakah cara terbaik untuk membuang lemak dan kolesterol ini?

1) Jaga dan kawal pemakanan
Pastikan anda peka terhadap apa yang anda makan setiap hari. Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Sebaiknya makanlah mengikut piramid pemakanan.

2) Bersenam
 Bersenam adalah cara terbaik untuk meningkatkan paras HDL kolesterol dan mengurangkan paras LDL kolesterol. Malangnya, ramai rakyat Malaysia memberikan alasan susah mahu bersenam kerana kesibukan bekerja.

3) Tinggalkan rokok
Tahukah anda sekiranya anda merokok, anda meningkatkan lagi risiko berlaku atherosclerosis dalam badan anda? Ini kerana toxin di dalam rokok tersebut akan memekatkan lagi darah anda seterusnya menyebabkan darah lebih kental dan lebih mudah melekat pada saluran jantung anda.

4) Ambil supplement
Terdapat banyak supplement yang kini dijual di pasaran yang kononnya dapat mengurangkan paras kolesterol anda. Berhati-hati. Pilihlah supplement yang terbaik yang telah diuji secara klinikal dapat menurunkan paras kolesterol. Jangan tersilap langkah, kerana ada kajian menunjukkan sekiranya anda makan supplement yang silap, risiko anda terkena serangan jantung adalah jauh lebih tinggi dari individu ang tidak mengambil apa-apa supplement. Menakutkan bukan? Sekiranya anda tidak tahu dan ragu-ragu dalam membuat pemilihan, saya sedia membantu. Bukan niat saya untuk menjual, tetapi untuk membantu rakyat Malaysia seperti anda untuk hidup lebih sihat dan kaya.

5) Makan ubat kolesterol
Ini terpaksa anda lakukan sekiranya paras kolesterol anda sudah berada pada paras bahaya. Sekiranya bersenam dan kawal pemakanantidak memberikan kesan kepada paras kolesterol anda, ubat-ubatan adalah cara yang terakhir untuk memastikan kolesterol berlebihan tidak melekat pada saluran jantung atau otak anda.

Sebenarnya banyak lagi info mengenai kolesterol dan penyakit-penyakit (common diseases)  yang ingin saya kongsikan bersama anda. InsyaAllah akan saya kongsikan lebih lagi selepas ini. 

Doakan saya untuk menjadi blogger yang mampu membantu anda dan pembaca di luar sana hidup dengan lebih sihat, kaya dan berjaya. Benar, hanya anda yang mampu mengubah hidup anda. Pilihlah untuk menjadi manusia yang lebih banyak memberi kebaikan kepada orang lain. InsyaAllah.

Sehingga kita bertemu lagi dalam entry-entry yang akan datang. Semoga anda hidup gembira, kaya dan berjaya. Amin...

6 comments:

Afham Rusli said...

Oh.
Senang cite, memang kita perlukan kolestrol.
Cuma kita kena kawal intake kolestrol.
Exercise penting!
Dr.Didi, nanti share exercise yang macamana yang boleh hasilkan lebih banyak HDL kolestrol.

Soalan:
Katakan LDL kolestrol dah jadi plague, HDL kolestrol masih boleh bawa dia keluar dari sistem badan ke?

Afham Rusli said...

Oh.
Senang cite, memang kita perlukan kolestrol.
Cuma kita kena kawal intake kolestrol.
Exercise penting!
Dr.Didi, nanti share exercise yang macamana yang boleh hasilkan lebih banyak HDL kolestrol.

Soalan:
Katakan LDL kolestrol dah jadi plague, HDL kolestrol masih boleh bawa dia keluar dari sistem badan ke?

Anonymous said...

bleh bantu saya untuk recommend supplement utk turunkan kadar colestrol n fatty liver

Unknown said...

Hi anonymous..boleh..selain supplement, diet control n exercise pun sama penting..masih berminat ke?

Unknown said...

Hi anonymous..boleh..selain supplement, diet control n exercise pun sama penting..masih berminat ke?

Anonymous said...

Betting Odds and Lines - Sports Toto
Betting Odds and Lines. For every $10 you deposit, you'll 토토 사이트 모음 receive 1,000 dollars in cash. We also allow for deposit match, rebates, and free bets.