tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Sunday 15 March 2015

Zina Boleh Membunuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot.

Saya terpanggil untuk menulis tentang topik ini selepas mendapat kes yang serupa semasa bekerja beberapa bulan yang lalu.

Sila layan dulu karikatur di bawah ya..




Kesian kan? Ibu dan ayah yang buat hal, nyawa kandungan yang tidak berdosa yang jadi mangsanya. Kejam betul manusia ini, even haiwan pun pandai sayangkan anak. 

Ok..berbalik kepada cerita saya. Pada beberapa bulan lepas, saya menerima referral dari wad untuk membantu resuscitation ke atas seorang wanita muda. Ya, memang muda, umur baru 23tahun.

Kata sahabat yang merefer, mereka mahu melakukan operation secepat yang mungkin kerana keadaannya tidak stabil.

Saya tertanya-tanya kes apakah ini. Sesampainya di ward, barulah saya mengetahui cerita penuh apa yang berlaku. 

Si gadis muda baru lepas melakukan pengguguran secara haram di sebuah klinik swasta pada hari sebelumnya, dan kini mengalami septic shock.

Septic shock merujuk kepada jangkitan kuman yang teruk disertai dengan tekanan darah yang rendah, nadi yang laju atau terlalu rendah, demam yang tinggi atau suhu badan yang terlalu rendah dan bacaan darah putih yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

4 liter air garam telah dimasukkan ke dalam saluran darahnya, untuk menaikkan tekanan darah beliau tetapi tekanan darah nya tidak pernah naik malah makin menurun. Tekanan darahnya hanya 70/40mmHg dan nadi 103bpm. Ini bukan sesuatu yang normal. 

Setelah berbincang dengan pakar bius oncall ketika itu, kami membawa pesakit tersebut ke ICU. Gadis muda ini memerlukan ubat yang dipanggil ionotrope untuk membantu menaikkan tekanan darahnya.

Di ICU,  saluran darah yang terus ke jantung dipasang, begitu juga saluran darah ke pembuluh darah artery dipasang untuk memudahkan kami memeriksa tekanan darahnya secara berterusan dan lebih mudah untuk proses mengambil darah nantinya.

Keadaan nya bertambah baik dan kini beliau sudah boleh menjawab soalan. Semasa di ward, beliau sangat lemah dan menjadi mustahil untuk kami mendapat cerita apa yang sebenarnya berlaku kepada beliau.

Rupanya gadis muda ini keliru. Dia baru mengetahui yang dia mengandung minggu lalu, walaupun sudah 3bulan tidak datang haid. Ibu dan ayah nya sedang mengerjakan umrah. Bekas teman lelaki nya pula sudah berkahwin dengan perempuan pilihannya 3bulan lalu, dan ternyata gadis muda hanyalah tempatnya melampiaskan nafsu.

Gadis muda tidak dapat berfikir panjang dan terus berniat menggugurkan kandungannya. Katanya tidak mahu keluarga malu disebabkan perbuatannya. Di ingatannya, nak buang kandungan mudah, tiada risiko, tetapi tidak diketahuinya risiko tersembunyi yang tidak diberitahu oleh Dr yang tamakkan wang.

Nah, sekarang dia terlantar di ICU. Terpaksa tanggung malu dan sakit. Inilah yang dikatakan, sudah jatuh ditimpa tangga.

Alhamdulillah, setelah sesi kaunseling ke atasnya. Beliau mula sedar atas kesilapannya yang lalu dan berjanji akan bertaubat dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi.

Kami menghormati keputusannya untuk tidak memberitahu ibu dan ayahnya. Tetapi, kami memberi amaran sekiranya keadaannya kembali tidak stabil, kami terpaksa menghubungi ibu dan ayahnya di Mekah ketika itu.

Begitu pendek pemikiran sesetengah orang bila menghadapi masalah. Bukankah kita ada Yang Maha Pencipta untuk mengadusegala permasalahan kita? Wallalahualam...

Semoga perkara seumpama ini tidak berlaku dalam keluarga saya sendiri atau pun pada keluarga anda. Sam-samalah kita berdoa semoga semua ahli keluarga kita dilindungi Allah. InsyaAllah...

Setakat di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang.

Semoga anda dan keluarga anda di beri kesihatan yang baik dan berkekalan. Amin...


4 comments:

sakinah (SMS) said...

Good Sharing Dr.Didi.

Unknown said...

semoga sharing Dr Didi memberi manfaat pada semua.

Anonymous said...

Komik tu sangat2 touching

(auntie mas)

Afham Rusli said...

"Bunuh 2 burung dengan 1 batu."

Perbuatan terkutuk menjadikan status pelaku lebih teruk dari haiwan.

Namun, sejarah hidup menjadikan seseorang itu insan (manusia).

Akan tetapi bukan semua insan mampu belajar dari kesilapan insan lain.

Semoga ALLAH dihati semua orang. Aamiin