tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Sunday, 8 March 2015

7 Tips Kekayaan Yang Wajib Anda Tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur. Semoga anda kekal kaya dan berjaya.

Saya terbaca sebuah buku bertajuk The Richest Man In Babylon yang ditulis oleh George S. Clason. Pertama kali terjumpa buku ini di MPH Bookstore saya sudah tertarik dengan tajuknya. Setelah membelek-belek buku ini saya makin tertarik degan isinya. Jadi, tanpa berfikir panjang saya terus grab buku nie dan bayar. Memang satu investment yang menguntungkan. Best sangat2 buku nie. Direcommended kan untuk anda baca.

"Harta yang banyak akan pergi kepada mereka yang faham tentang hukum-hukum kewangan, serta tahu cara mengawal peningkatan hartanya." - Arkad, lelaki terkaya di Babylon.

Ok, mari kita kaji tips2 kekayaan yang diceritakan oleh Arkad, iaitu lelaki terkaya di Babylon pada zaman kegemilangan Babylon pada suatu masa dahulu. Tips2 ini akan saya olah sesuai dengan keadaan zaman kita sekarang.

TIPS PERTAMA: KUMPUL WANG

Kita wajib mengasingkan 1 per 10 dari setiap wang gaji atau pendapatan kita setiap kali kita beroleh wang. Contohnya, gaji anda RM3,000 sebulan, jadi anda wajib menyimpan RM300 setiap bulan dan tidak menggunakan duit ini walau apa pun yang berlaku.

Saya dah tau pasal tips ini dah lama, tapi baru mengamalkannya sejak setahun yang lepas. Agak terlewat, tapi better late than never, kan? Alhamdulillah, setakat ini saya masih konsisten melakukannya.

TIPS KEDUA: KAWAL PERBELANJAAN

Tips terbaik ini menyuruh kita merancang perbelanjaan kita setiap minggu, bulan dan tahun. Buat sasaran apa yang ingin kita capai, dan tulis cantik-cantik dalam buku budget bulanan. Kalau anda malas, boleh download finance apps yang sangat banyak berada dipasaran. Mostly FREE je pun. Kalau saya, saya gunakan Apps 'Money Manager'. So far saya happy dengan Apps nie sebab saya boleh trace balik ke mana 'hilangnya' gaji saya setiap bulan. Ini memudahkan untuk saya buat budget harian, mingguan dan bulanan saya.
Ini Money Manager Apps yang saya gunakan, gambar nya mungkin tak best dilihat, tapi Apps die mmg best!
Setings dlm Apps nie, mmg amat2 membantu saya.

Contoh Budget dan Expense yang direkod.
 3r22Mesti pandai membezakan antara keperluan dan keinginan. Keperluan adalah benda-benda basic yang kita perlukan seperti membayar duit sewa rumah, bil air dan bil api, makanan, pakaian dan lain-lain. Keinginan adalah seperti perasaan membeli kereta baru sedangkan kereta lama kita masih elok lagi. Keinginan membeli baju atau kasut baru setiap bulan. Bukan tak boleh reward diri kita selepas penat bekerja, tapi kenalah pandai budget kan?

"Keinginan ini seperti lalang yang tumbuh di atas ladang, lalang akan tumbuh di setiap celah dan ruang yang ditinggalkan oeh petani. Begitu juga keinginan. Keinginan akan membesar apabila terdapat kemungkinan untuk keinginan-keinginan itu dipenuhi."

"Tujuan penyediaan belanjawan adalah bagi membantu menggemukkan dompet anda. Belanjawan juga membantu kamu mendapatkan keperluan berdasarkan kemampuan, serta keinginan-keinginan anda yang lain. Selain itu, belanjawan juga membantu anda menjaga dan mengawal perbelanjaan daripada permintaan-permintaan yang datang secara tiba-tiba."-Arkad.

TIPS KETIGA: GANDAKAN EMAS. 

Kekayaan seseorang tidak terletak pada wang yang dibawa di dalam dompet. Sebaliknya, kekayaan itu terletak pada pendapatan yang diperoleh, aliran emas yang mengalir berterusan masuk ke dalam dompet, dan memastikan dompet sentiasa kembung.

Itu impian setiap orang. Pendapatan yang berterusan tidak kira sama ada kita bercuti atau bekerja.

Maksud gandakan emas ini bukan semestinya bermakna anda kena simpan emas. Tetapi bermaksud menggunakan 10 peratus dari wang gaji anda tadi, yang anda simpan dalam tips pertama, untuk investment. Investment itu mestilah memberi keuntungan kepada anda.

Contohnya, anda simpan Rm10,000 tahun 2010, selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2020 anda bakal menerima RM30,000. Best ke best? Tiga kali ganda keuntungan, best kan?

Contoh kedua, sebaik sahaja anak anda lahir, anda telah menyimpan RM100 setiap bulan untuknya. Wang ini akan berganda -ganda sehingga anak anda berumur 18tahun. Dan sekiranya anak anda tidak memerlukan wang itu, dia boleh terus menyimpan dan mungkin dapat membantunya satu hari nanti untuk meneruskan pelajaran atau memulakan perniagaan.

TIPS KEEMPAT: PELIHARA HARTA DARIPADA KERUGIAN.

"Nasib malang apabila kita sukakan sesuatu yang bersinar. Emas yang berada di dalam dompet perlu dijaga rapi. Sekiranya tidak, emas itu akan hilang. Suatu langkah bijak sekiranya kita belajar menjaga jumlah yang sedikit dahulu sebelum Tuhan mengamanahkan kita dengan jumlah yang lebih banyak."

Pernah tak anda terdengar ada skim yang mengatakan sekiranya anda melaburkan sekian-sekian jumlah wang anda untuk membeli emas. Selepas itu anda akan mendapat pulangan wang setiap bulan, berganda -ganda dari jumlah yang telah anda laburkan. 

Saya pernah! Berlaku kepada kakak kandung saya sendiri. Beliau melaburkan RM15,000 kepada satu skim pelaburan emas yang kononnya menjanjikan pulangan yang banyak. Pada tiga bulan pertama, beliau menerima RM1,500 sebulan hasil dari pelaburannya. Tetapi, selepas tiga bulan, tiada lagi duit yang masuk ke dalam akaunnya. Yang lebih menyedihkan lagi, orang yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan itu tidak dapat dihubungi.  Khabarnya ramai lagi yang mengalami nasib yang sama. Malas, beratus-ratus juta kerugian pun ada.

Sebelum anda ingin mengeluarkan duit anda untk melakukan sesuatu pelaburan, apa yang penting, anda perlu buat kajian terperinci dahulu. Jangan terlalu yakin dengan kepandaian diri sendiri dalam menyerahkan harta kepada orang lain. Lebih baik berbincang dengan mereka yang arif dan berpengalaman dan mengendalikan wang untuk keuntungan.Biarkan kebijaksanaan mereka melindungi kekayaan kita daripada pelaburan yang tidak selamat. 

TIPS KELIMA: JADIKAN TEMPAT KEDIAMAN SEBAGAI PELABURAN YANG MENGUNTUNGKAN.

"Sekiranya seseorang mengasingkan 9 bahagian daripada pendapatan yang dimiliki bagi menikmati kehidupan, dan melaburkan mana-mana 1 daripada 9 bahagian itu tanpa menjejaskan kesejahteraannya, hartanya akan bertambah dengan lebih cepat."

Ramai orang di Malaysia ini yang lebih suka menyewa rumah daripada membeli dan tinggal di rumah sendiri. Bukankah membayar duit pinjaman setiap bulan kepada bank untuk tempoh masa tertentu dan akhirnya rumah itu menjadi hak milik kita lebih menguntungkan daripada membayar sewa rumah setiap bulan kepada tuan rumah. Anda bayar sewa, nanti selepas beberapa tahun tuan rumah akan menaikkan sewa rumah ataupun menyuruh anda keluar dari rumhnya kerana dia hendak menyewakan kepada orang lain yang mampu membayar sewa rumah lebih tinggi dari anda.

Jika anda memiliki rumah sendiri, bukankah itu sangat menguntungkan? Walaupun anda tidak berhasrat untuk tinggal di rumah tersebut, anda masih boleh menyewakannya. Setiap bulan duit dari hasil pendapatan itu boleh anda bayar pinjaman bulanan di bank, malah mungkin masih ada baki lagi.

Nilai rumah sentiasa meningkat setiap tahun, berbeza dengan nilai sebuah keteta. Contohnya saya membeli sebuah apartment di Lembah Klang pada harga RM240,000 dan selepas 3 tahun Apartment itu kini bernilai Rm400,000. Ini bermakna dalam 3 tahun saya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM160,0000!  Sangat menguntungkan bukan?

TIPS KEENAM: JAMIN PENDAPATAN MASA HADAPAN.

Cara terbaik adalah dengan membeli insurans. Don't get me wrong, saya bukan agen insurans. Tetapi, saya merasakan insurans teramatlah penting untuk kegunaan masa hadapan dan anak-anak cucu cicit kita di kemudian hari. Kenapa saya kata begitu? Sebab kita tak pernah tahu bila Sang Pencipta akan menjemput kita. Bayangkan esok atau lusa kita pergi, dan kita tidak meninggalkan sedikit harta pun untuk anak-anak kita, boleh anda bayangkan apa yang akan berlaku kepada mereka?

Ada kawan pernah memberitahu saya, orang Cina sangat mengutamakan pelaburan insurans. Sebab itulah, apabila mereka meninggal dunia, mereka telah mewariskan beratus-ratus ribu ringgit malah mungkin berjuta ringgit untuk kegunaan anak-anak mereka. Duit insurans inilah yang boleh digunakan oleh anak mereka untuk membuka perniagaan ataupun melanjutkan pelajaran. Situasi ini amat berbeza dengan bangsa Melayu kita. Amat janggal dan jarang mendengar ada di kalangan ibu bapa kita membeli insurans untuk diri sendiri atau anak-anak kan? Termasuklah ibu bapa saya. Pantang dengar agen insurans, confirm mereka dah angkat kaki lari bermeter2 jauhnya. 

Alhamdulillah, saya terbuka untuk menerima insurans ini. Saya sedar, ianya adalah salah satu cara untuk menjamin masa hadapan anak-anak saya. Bayangkan kalau saya meninggal dunia pada tahun hadapan, sekurang-kurangnya ada simpanan dalam akaun anak-anak saya. Sekurang-kurangnya kehidupan mereka sudah terjamin. InsyaAllah.

Cara seterusnya adalah dengan mengambil bahagian dalam program persaraan. Memang kerajaan ada menyediakan kaedah pencen atau EPF untuk kakitangannya. Bagi pekerja swasta pula, mereka wajib mengganggotai (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) KWSP. Tetapi, sejauh mana anda fikir duit hasil dari EPF atau pencen ini cukup untuk anda gunakan selepas berpencen nanti? 

Sebenarnya banyak yang boleh dibahaskan apabila menyentuh isu Pencen dan EPF ini. InsyaAllah akan saya cuba sentuh isu ini nanti, pada entry-entry akan datang.

Walaupun saya confirm penerima pencen sekiranya saya bersara pada umur 58tahun, tetapi saya nekad untuk mengambil bahagian dalam Private Retirement Scheme (PRS). Ianya adalah salah satu bentuk investment. Dan yang bestnya, nilai wang yang anda laburkan setiap tahun boleh ditolak daripada Income Tax anda. Sangat menjimatkan, bukan?

Anda boleh tahu lebih lanjut mengenai PRS di sini: http://www.ppa.my/prs/about-prs/overview/

TIPS KETUJUH: TINGKATKAN KEUPAYAAN MEMPEROLEH PENDAPATAN

"Tidak lama dahulu, seorang lelaki datang bagi meminjam wang. Apabila saya bertanya sebab lelaki itu mahu meminjam beliau merungut tentang pendapatan beliau tidak cukup bagi membayar perbelanjaan. Saya jelaskan kepada lelaki itu, Pada pandangan peniaga, beliau adalah pelanggan miskin. Ini kerana, beliau tidak mempunyai kemampuan bagi membayar balik pinjaman tesebut."

"Saya berkata kepadanya,apa yang perlu kamu lakukan adalah mendapat lebih banyak wang. Apa yang dapat kamu lakukan bagi meningkatkan keupayaan memperoleh pendapatan?' . Lelaki itu menjawab, 'Apa sahaja yang dapat saya lakukan. Dalam masa 2 bulan, 6 kali saya pergi berjumpa tuan saya. Saya meminta dinaikkan gaji, tetapi permintaan itu tidak berhasil. Tidak ada pekerja yang dapat pergi lebih kerap daripada itu."

Lelaki ini mempunyai satu sifat yang perlu dipuji, iaitu keinginan. Tetapi, keinginan sahaja tidak cukup. Keinginan perlu kuat dan teguh. Orang yang mahu jadi kaya tidak mempunyai matlamat yang jelas. Seseorang yang mahukan 5 keping emas adalah keinginan yang jelas. 

Keinginan itu dapat dipenuhi dengan usaha keras. Selepas berjaya mendapatkan 5 keping emas, dia akan mencari jalan yang serupa bagi mendapatkan 10 keping emas. Seterusnya 20 keping, selanjutnya 1000 keping. Akhirnya, dia akan menjadi kaya. Dalam usaha mendapatkan keinginan kecil itu, dia melatih diri bagi mendapatkan hasil yang lebih besar. 

Itu adalah cara kekayaan dikumpulkan. Mula-mula dalam jumlah yang kecil. Kemudian, dalam jumlah yang lebih besar apabila seseorang sudah tahu cara mendapatkan emas dan menjadi lebih berupaya.

Keinginan perlu sederhana dan jelas. Tujuan tidak tercapai sekiranya keinginan itu terlalu banyak, mengelirukan, ataupun melebihi keupayaan.

Untuk meningkatkan keupayaan kita untuk memperoleh lebih kekayaan, kita memerlukan ilmu. Semakin kita berilmu, semakin banyak yang kita peroleh. Seseorang yang berusaha bagi mengetahui lebih banyak tentang pekerjaannya akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Sekiranya beliau seorang jurutulis, beliau dapat belajar kaedah-kaedah dan alat-alat yang digunakan oleh mereka yang pakar dalam bidang yang sama. Sekiranya beliau pekerja undang-undang ataupun perubatan, beliau dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran bersama orang-orang lain dalam pekerjaan beliau. 

Sentiasa lakukan perkara yang diubah dan diperbaiki oleh seseorang (tiruvasi). Ini kerana, orang yang mempunyai minat akan memperbaiki kemahirannya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya.

Dalam konteks kehidupan kita sekarang, sekiranya anda memang mempunyai pekerjaan Fulltime, lakukan pekerjaan anda sepenuh hati. Boss anda akan nampak perubahan dalam diri anda, dan tidak mustahil anda akan dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji. Sekiranya agak mustahil untuk anda mendapat kenaikan gaji, anda boleh bekerja secara part time. Yang penting, pekerjaan part time anda ini tidak akan mengganggu pekerjaan full time anda.

Banyak pekerjaan part time yang boleh dilakukan. Contohnya berniaga di pasar malam, jual burger dan sebagainya. Sekiranya anda ingin lebih mudah, anda boleh melakukan perniagaan online. Mudah dan menjimatkan kerana anda tidak memerlukan kedai untuk meletakkan barangan anda.

Jangan terkejut sekiranya saya katakan seorang pegawai perubatan gred UD48 seperti saya juga memilih untuk bekerja part time di samping tugas hakiki yang memerlukan komitmen yang tnggi. Semuanya boleh dan mudah dilakukan sekiranya anda tahu caranya.

Masih buntu dan tidak tahu caranya? Mari saya tunjukkan. Bacalah Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja ini kerana selepas membaca ebook ini minda dan hati saya tertarik untuk berubah. Mungkin anda juga akan mengalami perubahan yang sama. 

Sebenarnya, banyak lagi tips-tips kewangan yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. InsyaAllah kita jumpa lagi di lain waktu. Semoga, anda mendapat manfaat dari apa yang cuba saya sampaikan dari penulisan blog ini. InsyaAllah..Semoga anda kaya dan berjaya.

Psst...sekiranya anda rasakan entry ini banyak memberi manfaat kepada anda, dipersilakan share. Mana tahu orang lain pun akan mendapat manfaat yang sama seperti anda..InsyaAllah...

1 comment:

barrazaborski said...

Slotyro Hotel Casino & Spa - Mapyro
Hotel & Casino Hotel, Casino, Hotel, 메이피로출장마사지 and 당진 출장샵 Restaurant in Henderson, NV, USA. Find reviews 문경 출장샵 and 보령 출장샵 discounts 강원도 출장마사지 for AAA/AARP members, seniors,