Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot. Semoga anda kaya dan berjaya mencapai segala cita-cita anda.
Keputusan UPSR Dah Keluar
Baru minggu lepas hangat memperkatakan mengenai keputusan UPSR murid-murid darjah 6. Ada yang gembira dan tidak kurang juga yang kecewa kerana mendapat keputusan yang tidak sampai target mereka.
Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat kecewa kerana anak-anak mereka tidak mendapat 5A..Jadi punahlah harapan mereka untuk melihat anak2 mereka menjejakkan kaki ke MRSM atau sekolah berasrama penuh. Ada juga yang mengatakan tak dapat masuk sekolah berasrama penuh, tak dapat laa jadi DOKTOR.
Saya hanya menggelengkan kepala membaca komen2 ibu bapa ini. Ingin saya kongsikan pengalaman saya dan kawan-kawan saya sendiri yang tidak begitu cemerlang keputusan UPSR, PMR mahupun SPM, tetapi sekarang telah pun mendapat title Dr di hadapan nama kami.
Bukan lah maksud saya tak perlulah anak-anak belajar, nanti besar nanti jadi Dr jugak.. Tidak, tidak sama sekali.
Pelajaran itu penting. Maha penting. Tanpa ilmu, kita bukan sesiapa.
Bukan Pelajar Cemerlang
Semasa di peringkat sekolah rendah, saya bukanlah pelajar harapan. Keputusan saya biasa2 sahaja. Sehinggalah semasa Darjah 3, saya dimarahi ayah sehingga menangis teresak-esak kerana saya begitu payah untuk memahami kaedah pembahagian. Puas ayah mengajar, berbagai-bagai cara tapi tidak juga faham-faham. Mungkin sebab belum ada Omega Guard dan Mealshakes membuatkan saya sukar memahami pelajaran.
Mula Berubah
Sehinggalah ayah menengking saya dan memaksa saya menyiapkan kerja matematik pada malam itu sehingga lewat malam. Ya, ayah memang garang. Amat garang. Dan mungkin kerana kegarangannya terhadap saya, saya adalah saya pada masa ini.
Selepas kejadian ditengking ayah, saya lebih rajin berusaha. Saya akan buat lebih ujikaji pelajaran dari yang diberi cikgu. Kalau cikgu bagi 10soalan, saya akan buat 20soalan. Kalau cikgu bagi 20soalan, saya akan buat 40soalan dan begitulah seterusnya. Saya lebih rajin menghafal sifir sehingga saya boleh mengulang sifir dr 12×12 sehinggalah 12×1.
Saya Bijak Matematik
Saya lebih cepat melakukan pengiraan matematik berbanding kakak-kakak saya. Di minda saya sentiasa penuh dgn soalan matematik. Kalau nampak mangga di atas pokok, saya akan teruja untuk mengira berapa biji mangga yang ada. Memang saya hantu buah dari kecil, semua jenis buah saya nak telan.
Bahasa Melayu memang kepakaran saya dari kecil. Sampai saya pernah bercita-cita menjadi penulis novel. Pernah juga saya mengarang cerpen dan diterima untuk disiarkan dalam Majalah Didik. Saya mendapat hadiah rm50, dan nilai itu amatlah besar bagi saya pada ketika itu. Tetapi, akhirnya cita-cita terkubur apabila meningkat usia, sekarang Bahasa Melayu pun dah tak berapa melayu.
Tetapi Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Jasmani dan Kemahiran Hidup bukan bidang saya ketika itu. Kerana itu, markah keseluruhan peperiksaan saya tidak begitu baik. Saya mendapat 3A1B dalam keputusan UPSR, B dalam Bahasa Inggeris tetapi saya bersyukur kerana itulah hasil dari usaha saya.
Diterima Masuk ke Sekolah Asrama Harian
Walaupun keputusan tidak begitu cemerlang, alhamdulillah saya diterima masuk ke sekolah asrama harian. Mungkin sebab masa itu saya banyak meminta dan berdoa kepada Allah.
Bukan kerana saya nak sangat masuk sekolah asrama tapi sebab saya tak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah menengah yang telah saya hadiri selama 2hari. Ya, memang dari kecil saya seorang yang pendiam dan tidak ramah. Sudah besar ini, masih juga pendiam tapi terlampau ramah pula dengan orang2 yang saya kenali@rapat.
Di sekolah menengah pun, saya masih pelajar yang biasa2. Pelajar pendiam kan, mana cikgu nak kenal. Tak menonjol, jarang menceburkan diri dengan aktiviti sosial sekolah, kecuali yang diwajibkan. Saya mendapat 7A1B dalam keputusan PMR, dan B dalam subjek Sejarah.
Sebelum melangkah ke Tingkatan 4, kami diberi kaunseling untuk memilih aliran di Tingkatan 4 dan 5 nanti.
Cikgu menasihatkan supaya saya mengambil aliran sastera kerana katanya saya dapat B dalam sejarah. Maksudnya saya tak pandai menghafal, kalau saya ambil Sains Tulen saya akan mengalami kesukaran nanti.
Turning Point Sekali Lagi
Jujur saya katakan, saya tersentak dengan kata2 cikgu tersebut. Macamana dapat B dalam Sejarah boleh dikatakan tak pandai menghafal. Setahu saya kalau nak master Sains, kena pandai memahami. Faham konsep yang diajar dan dibaca bukannya hafal. Konsep itu yang saya amalkan untuk mendapat A dalam subjek Sains.
Disebabkan itu, saya tidak mengendahkan nasihat cikgu, saya terus mendaftar masuk ke kelas Sains Tulen. Saya ingin buktikan yang pelajar yang kuat menghafal pun boleh berjaya dalam aliran Sains Tulen.
Bergelar Pelajar Asrama Penuh
Seminggu belajar dalam Tingkatan 4, rezeki menyebelahi saya lagi. Saya diterima masuk ke MRSM Serting dalam aliran Sains Tulen. Alhamdulillah...
Di MRSM saya berusaha sebaik mungkin, bulan pertama di MRSM saya berjaya mendapat markah tertinggi dalam subjek Biologi pada peringkat maktab. Keputusan saya yang tertinggi di kalangan semua pelajar Tingkatan 4 yang mengambil subjek Biologi. Konsep saya bukan hafal tapi faham.
Keputusan SPM Keluar
Dipendekkan cerita, dalam peperiksaan SPM saya mendapat 7A3B, walaupun agak kecewa tidak mendapat straight As tetapi saya redha. What you give, you get back.
Mungkin kalau saya dapat 10A ketika itu, saya bukanlah seorang doktor ketika ini. Mungkin saya sudah pun melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mungkin saya tidak akan berjumpa dengan suami saya. Mungkin saya tidak akan mengecapi kegembiraan yang saya rasai sekarang ini. Mungkin kan...
Saya pasti Allah telah mengatur perjalanan hidup saya. Saya pasti aturan Allah adalah yang terbaik. Saya pasti Allah tidak pernah melupakan saya. Kadang2 kita tidak dapat apa yang kita mahukan kerana apa yang kita mahu bukanlah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui.
Nasihat Untuk Ibu Bapa
Saya amat mengharapkan ibu bapa dan pelajar di luar sana juga berfikir perkara yang sama. Yang paling penting jangan putus doa. Doa adalah senjata orang Islam yang paling kuat. Kita tidak tahu apakah turning point seseorang itu. Mungkin UPSR nya tidak bagus tapi dia berusaha kuat lagi dan mendapat keputusan SPM yang sangat bagus.
Saya mempunyai seorang kawan seperjuangan semasa di universiti suatu ketika dahulu. Keputusan UPSR, PMR dan SPM beliau bukanlah yang terbaik. Ketika UPSR beliau hanya mendapat 2A2B, PMR 6A2B dan SPM 3A5B. Tetapi ketika di universiti beliau tidak pernah mengulang kertas peperiksaan atau terpaksa repeat semester. Beliau lebih bijak dari yang mendapat 9A atau 10A.
Sebagai ibu bapa, haraplah yang terbaik dari anak-anak. Sentiasa doakan mereka dan fikir perkara positif terhadap mereka. InsyaAllah mereka akan berubah menjadi seperti yang anda doakan.
Semoga anda yang membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya doakan anda kaya dan berjaya. Amin...
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk
FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)