Ape itu SLE? Jarang dengar nama penyakit tuh, tak common kot... Tapi 
boleh sembuh kan? Itu laa antara persoalan2 yang biasa sy dgr kalau 
berbicara tentang SLE..So..mari kita kaji ape itu SLE.
SLE
 atau nama sebenarnya Systemic Lupus Erythematous adalah sejenis 
penyakit auto-immune..maksudnya immune badan seseorg bertindak menyerang
 balik sel2 dalam badan dia. Apa penyebabnya? Sampai sekarang, penyebab 
utama masih tidak diketahui, tetapi berkemungkinan kerana kombinasi 
genetik, persekitaran dan faktor hormon. Apa pula tanda2nya? Terlalu 
banyak symptom2 ke atas seseorg yang ada SLE, antaranya sakit sendi, 
muka merah (butterfly rash), masalah buah pinggang, masalah pernafasan, 
dan yang paling teruk, dan peringkat yang paling kritikal bila dia 
menyerang otak seseorang, menyebabkan seseorg mengalami sawan (cerebral 
lupus).
 
Dianggarkan
 setakat ini dalam 10,000 orang di Malaysia adalah penghidap SLE, tapi 
pakar mengatakan mungkin masih ramai lagi orang yang menghidapinya, tapi
 belum diketahui. Boleh dikatakan dlm 90% adalah golongan wanita dan 
selebihnya golongan lelaki dan kanak2. Kebiasaannya 90% daripada pesakit
 wanita adalah dalam peringkat umur 15-50 tahun, di mana.  
Saya
 masih ingat lagi pengalaman merawat seorang pesakit yang mempunyai SLE 
yang teruk. Boleh dikatakan semua tanda2 di atas dimiliki beliau. Buah 
pinggang nya juga rosak teruk sehingga perlu menjalani rawatan 
pembersihan darah (haemodyalisis). Beliau sgt tertekan dgn masalah yang 
dihadapi dan akhirnya disahkan menghidapi kemurungan. Bayangkan pada 
umur 14thn, beliau sudah mempunyai komplikasi2 yang saya nyatakan di 
atas.
Saya lebih terkesan dengan masalah SLE ini setelah kawan baik sy sendiri (semasa sama2 belajar di Matrikulasi),
 disahkan menghidapi SLE. Pada peringkat awalnya, doktor yang merawatnya
 tidak tahu apa masalah yang dihadapi nya. Symptoms yang dihadapi lebih 
kepada organ pernafasan iaitu paru-paru. Beliau mengalami sesak nafas
 dan sukar untuk melakukan aktiviti seharian. Apabila ujian Chest XRay 
dilakukan, didapati terdapat paru-paru berair (pleural effusion) yang 
memerlukan tapping dan juga tiub dipasang di dadanya utk mengeluarkan 
semua cecair dlm paru2. Beliau juga pernah disyaki menhidapi batuk 
kering (pulmonary tuberculosis) dan dikehendaki makan ubat ubatan yang 
maha banyak. 
Setelah dirujuk ke doktor pakar, lebih 
banyak ujian dilakukan, dan akhirnya beliau disahkan menghidapi SLE. 
Sangat banyak ubat yang perlu diambilnya untuk mengelakkan berlaku 
'relapse' SLE. Alhamdulillah, kini beliau semakin sihat, dan dapat 
melakukan aktiviti hariannya selepas bertahun2 cuti sakit. 
Walaubagaimanapun, beliau terlalu sangat berhati2 utk mengelakkan 
kejadian dulu berulang kembali. Siapa yang tidak takut dimasukkan 
kembali ke hospital berminggu2, kalau sy, sy pon tak suka, walaupon mmg 
dah keja di hospital,kan..
Kebelakangan ini, saya 
banyak melakukan research untuk mengkaji apakah yang boleh melemahkan 
atau melumpuhkan penyakit SLE ini. Ingat ye, kita hanya boleh kawal 
symptom2 SLE nie, bukannya menyembuhkannya. Setakat ini belum ada ubat 
hospital yang betul2 berkesan menyembuhkan penyakit ini.
Saya
 menemui Resveratrol, iaitu produk semulajadi yang ditemui dari kulit 
anggur merah. Resveratrol ini bukan benda baru, banyak kajian yang 
dilakukan menunjukkan Resveratrol mmg sangat banyak kegunaan dan 
kebaikannya. Pernah dengar orang kata bagus minum red wine?Yaa..mmg 
terbukti dgn meminum segelas dua red wine sehari, dpt mengurangkan 
risiko penyakit, kerana ianya mempunyai kesan anti keradangan. 
Masalahnya sebagai seorang Islam, minum red wine adalah haram. Tapi kini
 ada source yang lebih baik dari meminum red wine.
Resveratrol mempunyai sifat 'atheroprotective', yang penting untuk
mengelakkan pelekatan cholesterol pada saluran dara
h.
Kebiasaannya, pesakit SLE mempunyai masalah utk menunjukkan gen Reverse
Cholesterol Transport (RCT) yang penting untuk mengelakkan 'atheroma'
terbentuk.  Resveratol ini diyakini selamat, natural dan jarang mempunyai
kesan sampingan. Kajian masih dilakukan untuk mengaitkan Resveratrol dan
pengurangan terhadap masalah jantung di antara pesakit SLE. Banyak kajian yang
dilakukan mengaitkan Resveratrol dgn anti keradangan, anti oxidasi dan anti
cancer.
Semoga pesakit SLE mendapat manfaat dr info2 yang di atas..Amin....Berminat
untk mencuba Vivix tapi tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, hubungi saya.
Semoga anda yang 
membaca mendapat manfaat dari penulisan ini. Jika anda rasa entry ini 
akan memberi manfaat kepada orang lain, dipersilakan share ye. Saya 
doakan anda kaya dan berjaya. Amin...
 
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk
FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)