tHe lOVe oF mY LifE

tHe lOVe oF mY LifE
tHe lOVe oF mY LifE

Tuesday, 20 January 2015

Patah tulang tengkuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.

Tadi ketika bekerja saya berjumpa seorang penunggang motosikal yang mengalami kemalangan ngeri.

Motosikal yang ditungganginya terbabas dan beliau terjatuh di tengah jalan.

Beliau segera dihantar ke hospital dengan ambulance dan didapati system saraf nya dari paras tangan dan ke bawah tidak lagi berfungsi.

Ya, reason dia jumpa saya adalah untuk di scan otak dan tulang belakang.

Hasil pemerhatian dari filem CT Brain dan Cervical mendapati ada tulang belakang nya yang patah dan lari. 

Berkemungkinan besar beliau perlu dibedah secepat mungkin untuk menstabilkan tulang belakangnya yang patah. Beliau mungkin akan tinggal berbulan-bulan di hospital untuk rawatan rehabilitasi dan physiotherapy.

Sekadar gambar hiasan

Kasihan saya melihat pesakit ini, dalam usia yang masih muda beliau mungkin akan mengalami kecacatan kekal. Berkemungkinan besar beliau akan paralysed seumur hidupnya. Apakah yang akan berlaku kepada isteri dan anak- anak beliau?

Message yang ingin saya sampaikan di sini ialah hargailah nyawa anda. Berhati-hati ketika memandu kenderaan atau menunggang motosikal. 
 `
Tubuh badan kita adalah pinjaman, bila-bila masa sahaja Allah akan mengambil balik hak Nya.

Semoga anda mendapat manfaat dari penulisan ini.

InsyaAllah...


Dr Didi Zainudin
0126519551

Thursday, 8 January 2015

Good bye SABAH..till we meet again

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog mummyizznur.blogspot.com.

Baru berkesempatan menulis di blog ini setelah masuk hari ketiga menjejakkan kaki ke bumi Taiping. Kesibukan menguruskan perpindahan sebelum tarikh 4hb January dan disambung pula dengan keletihan setelah sampai ke Taiping menghalang saya dari dapat mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang di bumi Sabah.

Tarikh 4b January 2015, genap 6 tahun dan 17 hari saya berada di Sabah. Agak panjang tempoh masa itu sebenarnya dan semestinya sangat banyak kenangan suka duka sepanjang berada di Sabah.

Orang baru

Kali pertama menjejakkan kaki ke Sabah adalah pada 18hb Disember 2008. Ketika itu memang semangat bekerja di Sabah amat berkobar-kobar, baru mendapat title Dr di depan nama kan.

Tarikh 080808 adalah tarikh keramat bagi kami pelajar International Medical University M203/C106, pada tarikh tersebut kami confirm PASS final exam, alhamdulillah.

Tidak silap saya dalam 15 orang dari batch kami ke Sabah, kebanyakannya atas pilihan sendiri, termasuk saya. Bekerja di Sabah adalah salah satu impian dalam hidup saya, dahulu saya pun tidak pasti kenapa, tapi setelah ke Sabah, saya tahu saya tidak membuat keputusan yang silap.

Kenal ramai kawan baru

Walaupun kami ramai, tapi kebanyakkan kami tidak kenal rapat di antara satu sama lain. Pengalaman bekerja bersama-sama di Sabah, merapatkan lagi ukhuwwah persahabatan kami. Seingat saya, hanya saya dan Yuhana yang berbangsa Melayu dan Islam, yang lain-lain semuanya dari keturunan India, Cina dan kaum bumiputera Sabah. Tetapi itu bukanlah alasan yang kami tidak boleh menjadi sahabat baik.

Bangga saya katakan, di Sabah lah saya mengenal erti persahabatan yang tidak mengira kaum dan bangsa, rakyatnya semua bersatu tanpa mengira latar belakang dan perkauman seseorang. Dibesarkan oleh majoriti kaum Melayu, memang agak janggal pada mulanya, tapi akhirnya kami menjadi sahabat baik sehingga sekarang. Perhubungan kami bukan sekadar kawan, tetapi lebih kepada ahli keluarga.

Housemanship training 

Sepanjang tempoh dua tahun housemanship training di Sabah, memang kami sangat banyak didedahkan dengan ilmu-ilmu penting untuk menjadi Pegawai Perubatan yang dapat berdikari dan merawat pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan bukan kecemasan. Saya diajar melakukan caesarian section ke atas ibu mengandung, dilation and curettage untuk ibu keguguran, membuat appendicectomy dan banyak lagi prosedur-prosedur pembedahan kecil.

Medical officer on board..:)
Saya dan Munirah, sama tak muka kami..hihihi..

Kemudian, saya dihantar ke Hospital Kudat  untuk mengaplikasikan segala yang sudah saya belajar sepanjang housemanship. Di sini lah bermula perubahan yang paling besar dalam hidup saya, saya bertemu JODOH saya. Siapa sangka di hujung Borneo kami bertemu, walaupun kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur dan kemudian keluarga husband saya berpindah ke Taiping, Perak. Saya percaya kami pernah bertemu sebelum ini, tapi tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Hubungan 'cinta' kami agak singkat, setahun berkenalan, kami bernikah dan 9 bulan selepas itu kami dikurniakan cahaya mata yang amat bernilai buat kami. Izz Nur Qaisara lah permaisuri hati kami di dunia dan harta kami di akhirat.

Berpindah ke Kota Kinabalu

Selepas 2 tahun 3 bulan berada di Kudat, kami membuat keputusan untuk berpindah ke Kota Kinabalu. Saya meneruskan kerja di Jabatan Anaestesiologi, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Memang sebelum ke Hospital Kudat lagi, cita-cita saya adalah ingin menjadi Doktor Pakar Bius. 

Jangan tanya saya kenapa, kerana sampai sekarang pun saya tidak tahu kenapa. Yang saya tahu, Anaes berkaitan rapat dengan ubat-ubatan. Saya memang minat ubat, cita-cita sebenar saya adalah menjadi pharmacist, bukannya doktor. Tetapi disebabkan saya tidak layak menjadi pharmacist, so here I am.. 

Saya bukan menyesal, tidak. Tidak sekali-kali. Bagi saya pekerjaan doktor itu sangat mulia. Mana tidak mulianya, sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk merawat@menyelamatkan pesakit yang kami tidak pernah kenali selama ini. Tidak ramai yang berhati mulia seperti seorang doktor, walaupun saya tahu bukan semua doktor begitu.

Okay, dipendekkan cerita, pada permulaan bekerja di Jabatan Anaestesiology memang antara masa paling mencabar dalam hidup saya. Saya baru kembali bertugas setelah cuti bersalin selama 3 bulan setengah. Anak saya masih menyusu badan pada ketika itu, jadi saya kena pam susu sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari jika tidak oncall.

Apa yang kita nak sangat, tak semestinya apa yang kita akan suka bila kita dapat

Masa mula-mula masuk Anaes, kami perlu tag dr pukul 8am-5pm dan alternate 8am-9pm setiap hari dan oncall 24jam sekali setiap minggu. Tagging ini berterusan selama dua bulan tanpa henti. 

Kalau senior yang saya tag call baik orangnya, saya berani untuk meminta perlepasan dalam 30minit untuk memerah susu, kalau garang orangnya, saya tidak akan berani untuk meminta pelepasan itu. Kalau bilik bedah amat sibuk, saya akan menahan kesakitan kerana tidak dapat memerah susu, hanya ibu-ibu yang breastfeeding dapat memahami perasaan saya ini.

Hasilnya, penghasilan susu makin merudum, stok susu yang mula-mula penuh satu deep freezer sudah mula berkurangan. Ini menambahkan stress pada saya. 

Mujurlah kawan saya Nafisah sanggup menjadi ibu susuan kepada Qaisara, jadi cukuplah stok susu untuk Qaisara sehinggalah usianya genap 6bulan. 

Pengalaman pahit ketika mula-mula di Jabatan Anaes melunturkan sedikit demi sedikit minat saya terhadap Anaes, dan akhirnya minat itu hilang setelah setahun berada di Anaes. Saya akui kerjanya agak relax, tetapi oncall nya amat mencabar. Kadang-kadang saya tidak tidur sesaat pun semasa bertugas selama 24jam tersebut. 

Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa Anaes bukan untuk saya. Mungkin saya lebih sesuai bekerja di Jabatan yang tidak mempunyai oncall. 

Akhirnya berpindah ke Semenanjung

Kebetulan husband mencadangkan kami berpindah semula ke Semenanjung, sudah cukup masa kami bertugas di tempat orang, sudah tiba masanya kami kembali ke tempat asal. So, here I am, already in Taiping, waiting to start my work in my husband's hometown.

Kepada semua kenalan-kenalan saya sepanjang bertugas di Sabah, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Tanpa anda, saya tak mampu bertahan selama 6 tahun di Sabah. Terima kasih kepada husband saya, yang sentiasa tahan telinga mendengar omelan saya selama ini. Terima kasih kepada ahli keluarga saya yang lain, kerana sanggup berjauhan dengan saya selama ini. 

Kalau ada sumur di ladang, 
boleh saya menumpang mandi, 
kalau ada umur yang panjang, 
boleh kita berjumpa lagi. 

Kenangan manis dan pahit sepanjang saya berada di Sabah akan kekal berada dalam ingatan saya sampai bila-bila. Sekiranya ditakdirkan saya terlupa, blog ini akan mengingatkan saya semula. InsyaAllah. 

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk


FREE CONSULTATION & AFFORDABLE PRICE 
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Dr Didi Zainudin
Shaklee ID: 1172353
shadee_3210@yahoo.com
012-6519551 (call, SMS, whatsapp)